Rabu, 26 Oktober 2016

PENGALAMAN TERINDAH BERPANTANG BERSAMA VIVIX SHAKLEE

NI ORANG PANGGIL PANTANG FREESTYLE KIHKIHKIH......(PENGALAMAN SENDIRI NIH)
.

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik. Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.
.

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.
.

vitaminDhatiku.blogspot.com
0139117607


Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.
.

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang. 
.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru. 
.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.
.

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening. 
.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.
.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.
.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”. 
.

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber'Shaklee'. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum. 
.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).
.

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.
.

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.
.

Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

sms@wssp@telegram

013-9117607 (yan)

FB: Shahizan Rahimi

Ahad, 23 Oktober 2016

KENAPA SAYA MEMILIH SET BERPANTANG SHAKLEE?

KENAPA??? KENAPA??? KENAPA???


Akak depan rumah, makcik belakang rumah, makcik bidan tukang urut, misi datang melawat rumah semua cakap...

'Macam orang tak dalam pantang.' 😊

Alhamdulillah. Asbab SET BERPANTANG SHAKLEE, Allah bagi kesihatan dan kesegaran pada saya.

Sebelum itu, saya nak cerita sikit apa yang terkandung dalam set ini.

Set Berpantang Shaklee ini terbahagi kepada DUA iaitu:

🍃 Set Berpantang Basic Shaklee
1. VITALEA
2. B COMPLEX
3. VITAMIN C
4. ZINC COMPLEX

🍃 Set Berpantang Optimum Shaklee
1. VITALEA
2. B COMPLEX
3. VITAMIN C
4. ZINC COMPLEX
5. OSTEMATRIX
6. ALFALFA
7. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Apa khasiat dia?
--------------

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)

Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.
Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.

2.  Vitamin B-Complex

Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.
Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.

3.  Vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

4. Zinc

Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.
Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

5. Ostematrix

Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit.
Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.
Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.

6. ESP Soy Protein Isolate Powder

Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.
ESP juga membantu mencantikkan kulit ibu dan mengurangkan keguguran rambut ibu.

7. Alfalfa

Raja segala tumbuhan
Membantu meningkatkan imunisasi
Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.
Selain itu, alfalfa bertindak sebagai jamu moden kerana ianya merapatkan otot-otot vagina dan mengurangkan keputihan.

Secara peribadi, pengambilan set ini membantu saya KEMBALI SIHAT & CERGAS dengan pantas. Saya BERTENAGA menguruskan baby dan anak-anak yang lagi 2 orang tu. 😊

Saya sangat syorkan ibu-ibu menjadikan SET BERPANTANG SHAKLEE sebagai rakan karib semasa berpantang. 😊


OOOPPPpppppppssssssss !!!!!

sebelum terlupa....saya juga add on VIVIX dalam rutin berpantang saya....memang owshemmm.....dengan kadar antioksidan yang tinggi dan antibakteria menyebabkan luka dan bengkak bersalin cepat sangat baik.



vitaminDhatiku.blogspot.com
013-9117607 (yan)




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

sms@wssp@telegram

013-9117607 (yan)

FB: Shahizan Rahimi

ASSALAMUALAIKUM.........

vitaminDhatiku.blogspot.com


Assalamualaikum..
Saya  pengedar sah Shaklee Malaysia (1229024)

Sekiranya anda perlukan vitamin semulajadi untuk kesihatan, kecantikan, kecergasan boleh hubungi saya..

 Berikut merupakan set supplement SHAKLEE yang boleh anda dapatkan :-

  •  Set Kecantikkan,
  •  Set Kesuburan,
  •  Set Kehamilan,
  •  Set Penyusuan,
  •  Set Berpantang,
  •  Set Ekzema/Resdung/Asma,
  •  Set Kanak-kanak,
  •  Set Kurus,
  •  Set Tambah Berat,
  •  Set Kencing Manis,
  •  Set Darah Tinggi,
  •  Set Buasir,
  •  Set Migrain,
  •  Set Sendi/Tulang/Lutut,
  •  Set Jantung Sihat,


Terdapat juga produk pembersihan wajah, produk cucian harian untuk rumah dan lain-lain...

Kalau tak perlukan sekarang mungkin apabila perlu anda boleh hubungi saya juga..

Terima kasih sudi baca..

Call@sms@whatsapp@telegram

013-9117607

FB; Shahizan Rahimi