Ahad, 7 Oktober 2018

VITAMIN C SHAKLEE

Suami Che Yan selalu cakap Che Yan mamalia sejati sebab sumtime tak tau Che Yan sihat ke demam coz badan Che Yan owez warm.

N spesis mamalia sejati tu turun kat anak sulung. Badan dia pun cemtu jugak. Tapi si sulung tu lagi dasat tengok nampak kering je tapi kalau tidur tak berkipas or pendingin hawa peluh macam apa ntah.

Walaupun kami digelar mamalia sejati tapi kami tak leh produce vitamin C sendiri makanya hari-hari pun amik vitamin C

Hampa ada ka sepupu dengan mana-mana mamalia dalam gambaq. Kompom tak la kannn. Depa hewan kita manusia. Hakikatnya manusia memang tak boleh nak produce vitamin C sendiri



Nak vitamin C cari Che Yan
013-9117607

***Vitamin C sebenar selalunya masam. Kalau manis tapi di label no sugar added sebenarnya dia tak tipu memang tak boh gula tapi biasanya ada pemanis sintetik such aspartame. Sintetik is not suit for ur body for long term hokeyyyy

Ni the best setakat ni



Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :

Sabtu, 8 September 2018

RESEPI CHEE CHEONG FUN

Salam hujung minggu. Arini Che Yan nak kongsi cara buat Chee Cheong Fun. Ala mende macam laksam bila kita beli Young Tau Foo tu. Makan dengan kuah Young Tau Foo jugak.
Resepi ni Che Yan dapat dari geng Masak Apa Hari ni di Facebook. Jom tengok resepi. Jangan tengok je. Coba la buat. Asik nasi je. Sesekali tukar best gak Kan.

Resepi kuah Yong Tau Foo

Kuah hitam

2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air

Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..

Kuah merah

1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam

Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..

3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..

Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..

Resepi Chee Cheong fun

100gm tpg beras
1 sudu besar tpg ubi
365ml air
sedikit garam
1/2 sudu kecil minyak masak

campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus sperti mana nak buat laksam...

Selamat mencuba hampa semua.


Sabtu, 1 September 2018

SILENT INFLAMMATION : KERADANGAN SENYAP. BAHAYAKAH?

Salam,
Hai hampa!! Arini dok skroll FB dok jumpa macam-macam kes kematian mengejut. Jadi Che Yan terpanggil nak share apa yang Che Yan baca.

Tahu tak yang sakit jantung, strok, kancer, kencing manis, alzheimer, parkinson, kegemukan, gastrik, asma, disleksia dan banyak lagi penyakit mempunyai persamaan.

Satu perkara yang menjadi punca dan persamaannya ialah keradangan senyap. Banyak kajian menunjukkan setiap penyakit  yang dialami melibatkan keradangan senyap. Sebabnya, ada penyakit yang memang tak bagi hint langsung. Tau-tau je dah kat stage yang berbahaya.

Keradangan kini mengancam keselesaan dan kehidupan setiap manusia dan semua negara di seluruh dunia. Walaupun kecanggihan kemajuan teknologi perubatan masa kini kita tidak dapat mengawal dengan sistematik masalah keradangan.

Semua orang akan mengalami keradangan. Keradangan selalunya telah wujud pada usia muda. Paras tinggi keradangan menunjukkan kita dalam keadaan kurang sihat dan membawa kepada masalah kesihatan walaupun kita rasa sihat dan nampak sihat.

Umpama api dalam sekam, membakar perlahan-lahan dan akhirnya memusnahkan. Keradangan akan perlahan-lahan merosakkan organ dan tisu kita tanpa disedari. Kita akan terus membuat rutin harian kita dengan perasaan sihat palsu sehingga satu masa tiba-tiba satu penyakit keradangan kronik muncul.

Keradangan bukan penyakit tapi keradangan adalah tindak balas mekanisme pertahanan badan untuk mengenal pasti dan mempertahankan diri dari bakteria virus dan bahan asing yang mudarat untuk badan.

Bila sistem imun badan mengaktifkan tindakbalas sistem keradangan akan muncul.
Mana-mana bahagian tubuh badan manusia akan menjadi radang. Ini bermaksud otot urat saraf organ sambungan dan kulit terdedah kepada keradangan.

Kita perlu keradangan untuk hidup. Keradangan adalah komponen pertahanan sistem imun badan. Sebagai contoh bila kita digigit nyamuk tubuh badan bertindak balas dengan menghantar sel imun dan secara semulajadi menghasilkan kimia untuk memusnahkan kuman dan membaiki kerosakan. Setelah pencerobohan telah dimusnahkan atau dikawal keradangan berkurangan dan proses pemulihan berjalan. Inilah caranya tubuh badan bertindak balas kepada trauma dan kecederaan untuk memulihkan diri. Keradangan boleh jadi dari jenis akut atau senyap.

Kita boleh mengalami keradangan senyap dalam keadaan kita tak tahu pun yang kita ada keradangan tersebut sehinggalah akhirnya keradangan tersebut “menghadiahkan” berita buruk untuk kita. Hari ini kerana kita tidak akan mengalami sebarang symptom yang menunjukkan keradangan senyap.

Selalunya keradangan senyap ni berakhir dengan satu keadaan yang sangat kejam.
Antara masalah yang sering kali berlaku selepas kita mengalami keradangan senyap ialah pharyngitis itu keradangan di bahagian tekak, ependik iaitu keradangan di bahagian ependik, hepatitis iaitu keradangan hati, tendonitis iaitu keradangan di bahagian tendon dan athritis itu keradangan di bahagian sendi. Itu ialah contoh keradangan lah yang berkaitan dengan dengan keradangan senyap. Selalu tak bagi hint kennn.

So, kita perlu amik makanan yang mampu tone down keradangan. Supaya keradangan senyap ni tidak berlarutan dan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik.

Ni Che Yan kongsi dari pembacaan buku Family Health Modern Diseases. Harap dapat manfaat.






Ahad, 5 Ogos 2018

CARA NAK KURUS DAN KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Assalamualaikum... 

Che Yan selalu dengar rungutan pasal susah sangat nak urus berat badan. Nak kurus. Nak kekalkan berat ideal. Susah katanya. Persoalannya susah sangat ke?

Apa la susah sangat nak mengecik ni?
Maunya tidak, makan macam esok dah takde. Dalam situasi macam tu pulak pakej dengan masalah sembelit. Maka terperamlah najis bertoksid dalam usus lama-lama sehingga mengganggu metabolisma badan.

Ada pulak yang bermasalah, abih jaga dah makan tapi tetap membesar bagai juara. Sebab apa? Metabolisma yang rendah dan cara pemakanan yang katanya dah jaga tu such as amik biskut je tak amik nasi tapi biskut chipsmore 10 keping sekali hadap. Uhukuhuk...payah nak explain nih.

Okey, camnilah jom Che Yan rungkaikan apa masalah sebenar yang di lalui oleh mereka yang inginkan berat badan ideal tapi tak dapat. Mereka yang berusaha kekalkan berat badan tapi terbabas. 

Tak kurang juga yang merancang untuk hamil tapi dek kerana berat badan berlebihan, maka niat tu agak sukar untuk di realisasi ( ye faham dengan izin Allah jua, tapi kita perlu ikhtiar?)

Memula kita perlu faham metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Kalau  kita tak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. So, kalau aktiviti kita kurang, aktiviti senaman pun jarang-jarang maka jumlah kalori yang perlu di ambil adalah semakin kurang. Kalau ambil lebih juga agak-agak boleh kurus ke?

Dan satu lagi yang perlu kita faham badan kita makanannya adalah nutrien bukan "sampah". Nak dapatkan nutrien perlulah makan dengan betul. Bukan main redah apa adanya sebaliknya kenal pasti nutrien yang perlu masuk ke dalam badan agar badan boleh berfungsi dengan betul. Apabila badan sudah terlatih berfungsi dengan betul maka dia akan menolak sebarang cobaan sampah yang masuk.

Tapi kalau hari-hari dihidangkan dengan "sampah" maka lama kelamaan badan akan kenal pasti itu adalah makanannya. Dari situ terus meneruslah sistem badan tak betul dan tuan punya badan pun kekal murung dengan kepesatan "pengembangannya".

Nak pastikan berat badan yang ideal kita perlu ada satu kitar pemakanan yang sihat dan pastikan kita ambil real food. Tapi dalam masa yang sama real food kita pun bermasalah jugak akibat dari perubahan genetik (GMO) dan penggunaan pestisid.

Maka jalan yang paling mudah dalam menampung kelompangan ialah mengambil suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan. Bagi Che yan, Che Yan suka suggest suplemen by shaklee coz Che Yan dah feel sendiri.

Antara item yang paling basic untuk kurus ialah :

🌿Herbalex
🌿Lecithin
🌿Cinch tea
🌿ESP / cinch shake

Fungsi herbalex

Herbalex








Herbalex yang mengandungi daun senna, kulit pokok buckthorn, likuoris, daun Alfalfa, akar culver, jintan hitam, jintan manis, akar rhubarb dan bunga Mallow biru mampu membantu merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. Secara tak langsung jika ada masalah sembelit, herbalex memang sangat membantu. Tidaklah usus berkerak dengan najis.

Fungsi lechithin

Lecithin


Yang best pasal lecithin Shaklee ialah ianya diperbuat menggunakan sumber semulajadi iaitu kacang soya. Lecithin ni dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Paling penting untuk kita tau bahawa lesithin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh untuk bantu kekalkan tubuh yang sihat.

Macam mana tu?

Macam ni, lecithin ni ialah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol. N mostly kolina dan inositol yang Che Yan sebut tu memang wujud dalam semua sel hidup. Dua beradik ni merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan luar sel.

So, lecithin sangat penting untuk pastikan lemak di urai jadi molekul kecil n mudah dihadam. Dalam masa yang sama membantu nutrien dalam makanan kita diserap dengan baik.

Fungsi cinch tea mix

Cinch tea mix








Cinch tea mix ni diperbuat daripada campuran teh hijau, putih dan merah beserta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar kita sentiasa cergas dan segar. Kita boleh sediakan cinch tea ni sama ada sejuk atau panas. The best part is cinch tea mix ni bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Cinch tea ni jugak boleh bantu tingkatkan metabolisma tau. Kalau metabolisma meningkat agak-agak mudah tak nak kurus?

Fungsi ESP / Cinch shake

ESP / Cinch shake






Kedua-duanya dari sumber protien soya Non GMO. Mengandungi glisemik indeks yang rendah. Kalau nak tau tentang glisemik indeks dalam ESP boleh baca sini.
Okeh, sambung balik. Protien soya segera yang ada glisemik indeks rendah akan bantu stabilkan paras gula dalam darah, bantu kekalkan tenaga. Yang paling penting sekali ialah boleh bantu kekalkan rasa kenyang yang lebih lama. So memang sangat bermanfaat untuk mengurangkan berat badan coz kenyang lama n tidak la nak craving itu ini kan. 

Sedikit beza ESP n cinch shake ialah cinch shake ada 3 perisa iaitu choclate, vanilla dan cafe latte. N oso si cinch shake ni ada leusina yang bantu kekalkan otot untuk capai berat badan ideal.

Kat sini Che Yan boleh bagi pilihan yang mana jadi pilihan hati :

Pakej 1

🌷Herbalex
🌷Lecithin
🌷Cinch tea
🌷ESP



Pakej 2

🌷Herbalex
🌷Lecithin
🌷Cinch tea
🌷cinch choclate shake mix


Pakej 3

🌷Herbalex
🌷Lecithin
🌷Cinch tea
🌷Cinch vanilla shake mix


Pakej 4


🌷Herbalex
🌷Lecithin
🌷Cinch tea
🌷Cinch cafe latte shake mix


Kalau korang nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti korang boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Lepas tu boleh shopping sampai lebam produk Shaklee dengan menikmati harga ahli. Besar kan? Klau korang nak biznes sekalipun boleh Che Yan tunjukkan jalan.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :

Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :


Ahad, 29 Julai 2018

OSTEMETRIX : BUKAN SEKADAR KALSIUM



Ari ni Che Yan nak cite pasal tulang pulak. Kalau tengok gambar kat atas tu sebenarnya tu antara contoh makanan yang baik untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Kebanyakannya dalam bentuk sayuran dan kekacang.

Tetapi semasa proses memasak segala nutrisi yang tersimpan dalam makanan musnah di sebabkan oleh haba yang tinggi. Walaupun kita mengamalkan pengambilan sayuran dan susu setiap hari namun belum tentu keperluan kalsium mencukupi. Kenapa tidak cukup? Ibarat nak bina rumah kita perlukan pelbagai perkakasan. Begitu juga nak bina tulang yang sihat. Beberapa kombinasi nutrien diperlukan untuk pastikan pembinaan tulang yang sihat. Bukan hanya kalsium semata-mata. Kerana itu kita memerlukan supplement tambahan bagi membantu tulang sihat dan kuat.

Selalu orang cakap kena minum susu sebab susu salah satu sumber kalsium. Sebenarnya kita perlu lebih dari kalsium semata untuk pastikan tulang sihat. Tapi masalahnya tubuh kita perlu pelbagai nutrien lain juga untuk tumbesaran bahagian lain badan juga. Ya, mungkin kita boleh makan pelbagai makanan tetapi adakah kita mampu memastikan semuanya mencukupi. Dan jika terlalu banyak jenis makanan yang masuk dalam badan, bagaimana pula jumlah kalori? Sudah pasti bakal berlebihan.


Jadi untuk pastikan bahagian penjagaan tulang, supplement terbaik untuk tulang adalah Ostematrix. Jika korang pernah mengalami atau sedang mengalami kepatahan tulang korang boleh baca kat sini juga untuk kombinasi suplemen terbaik.

Sekarang kita berkenalan dulu dengan Ostemetrix Shaklee.


Apa itu Ostematrix?




Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi kalsium. Ia juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, vitamin D, baron, zink, kuprum dan vitamin K. Semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% didalam badan.

Bagaimana nutrien semua ini membantu kesihatan badan selain membantu pembentukan tulang yang sihat?


Kalsium

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi ia turut membantu menetapkan ritma/degupan jantung.Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang.Selain itu juga Kalsium bantu mengurangkan kolestrol dalam darah.

Vitamin D

Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

Magnesium

Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang di percayai menjadi punca sakit kepala dan migrain.Melegakan masalah sindrom PRA haid. Dengan ada nya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.


Boron, zink, Kuprum dan Vitamin K

Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang.Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot.Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.


Apa kesan kekurangan kalsium

🌵Kerap sakit gigi
🌵Gusi berdarah
🌵Kejang otot
🌵Rambut kasar
🌵Tumit pecah/kasar
🌵Kuku rapuh
🌵Kebas kaki dan tangan
🌵Kulit kering

Kebaikan dan Manfaat Ostematrix

🌾Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
🌾Mengelakkan penyakit osteoporosis (Tulang Rapuh)
🌾Memulihkan kekejangan otot dan kebas kaki tangan
🌾Menstabilkan tekanan darah
🌾Melegakan sakit ketika haid
🌾Membantu masalah gastrik
🌾Mengurangkan sakit belakang
🌾Membantu melegakan sembelit
🌾Melegakan sakit kepala


Siapa yang memerlukan Ostematrik?

🌷Ibu menyusu / mengandung
🌷Mereka yang selalu letih
🌷Mereka yang kurang tidur / susah tidur dan sukar untuk bangun pagi.
🌷Wanita yang mengalami masalah PMS (Pra haid)
🌷Mereka yang mengalami kekejangan otot dan kebas kaki tangan
🌷Mereka yang alah dengan pengambilan bahan tenusu sepertu susu
🌷Mereka yang kerap sakit kepala



Kalau korang nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti korang boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau korang nak biznes sekalipun boleh Che Yan tunjukkan jalan.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :

Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :




Sabtu, 28 Julai 2018

YOUTH SHAKLEE : REVOLUSI PENJAGAAN WAJAH BERTEKNOLOGI TINGGI

Hai hampa semua, apa habaq? Dok berasa lama tak hupdate blog. Bukan apa, aritu kemabukan coz Che Yan preggy anak keemmpat. Tolong doa selamat semua sampai due na.

Hari ni Che Yan nak cerita pasal youth skincare terbaru dari Shaklee. Che Yan dah guna tau. Sebab tu Che Yan bulih cerita dengan penuh excitednya.



Bagi mereka yang takde masalah kulit bersyukurlah dan jangan nak memandai pegi pakai skincare sampah yang boleh merosakkan kulit yang sedia cun tu. Lebih baik pakai youth yang memang terbukti keberkesanannya. Mana bukti? Buktinya Che Yan sendiri dah merasa. Boleh baca kat entry testimoni Shaklee by Che Yan.

Jom kita baca apa yang bestnya YOUTH ni...

APA BEZA YOUTH SKINCARE DENGAN SKINCARE LAIN?

🌿 Teknologi yang canggih dalam penghasilan youth menyebabkan ianya berbeza kerana youth mampu menangani penuaan dipermukaan dengan memberi fokus kepada tahap sel kulit.

🌿Youth guna teknologi berpaten yang membantu mengaktifkan protien bagi menjana semula sel-sel kulit bagi menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastik yang akan membuatkan kulit kita nampak lebih muda dari sebelumnya.

🌿Keistimewaan yang paling mantop dan susah nak bikin oleh produk skincare lain ialah youth 100% semulajadi atau bak kata orang kampung Che Yan natural. Sebab apa kata payah nak tiru? Sebab skincare yang ada di pasaran yang paling selamat pun at least mesti guna jugak sikit paraben untuk tujuan pengawet dan elak skincare berkulat. Yez memang dalam kuantiti yang dibenarkan tapi still ada kan. Berbeza dengan youth memang bebas bahan kimia berbahaya such as phtalates, hydroquinone, mercury and even paraben yang jadi pengawet tuh and such lah. Awat Che Yan yakin sangat? Ofcos la, kajian klinikal dah dibuat kat youth ni dan terbukti bebas 2500 bahan kimia berbahaya. Maka youth sesuai diguna semua peringkat umur.

🌿Kebolehpercayaan keberkesanan yang tinggi sebab youth tak dibancuh belakang rumah sebaliknya dikaji selama 8 tahun sebelum dikeluarkan untuk bertemu pengguna dan ada 8 patent pending.

🌿Perkara yang paling susah nak percaya tapi kena percaya jugak ialah menurut kajian klinikal 100% wanita yang menggunakan youth memiliki kulit yang lebih muda.

🌿Lagi mengiurkan youth adalah produk vegan. Maksudnya youth tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan dan tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian. Youth juga bebas gluten

APA BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM YOUTH?

Terdapat 5 bahan aktif yang semulajadi terdapat dalam skincare youth iaitu:

MUSCADINE GRAPE

Polifenol dalam muscadine grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastik.

LOTUS JAPONICUS

Lotus JAPONICUS mengaktifkan protein youth Yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin Dan fibrilin.

APPLE STEM CELL EXTRACT

Apple stem cell extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Herba ni selalunya digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.  Schisandra Chinensis Fruit Extract sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu menyokong kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR+ COMPLEX

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamn-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

BERAPA JENIS ITEM YANG TERDAPAT DALAM RANGKAIAN YOUTH?

Ok, sekarang meh kita tengok pulak apa yang youth ada.

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser


🍁Membersih dan mencuci kain kulit.
🍁Memperhalus dengan lembut.
🍁Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan wajah seterusnya iaitu pemakaian toner.
🍁Menyerikan wajah secara semulajadi.
🍁Ph yang seimbang
🍁Bebas sabun.
🍁Gabungan daripada vitamin dan polifenol serta alga.

YOUTH Perfecting Skin Toner


🍁Membersihkan sel kulit mati.
🍁Menghidratkan kulit.
🍁Membekalkan nutrisi dan vitamin penting pada kulit.
🍁Membebaskan kulit dari sel-sel kusam.
🍁Membebaskan kulit dari agen pencemar persekitaran.

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50



🍁Pelindung matahari bespektrum luas UVA/UVB.
🍁Melembapkan kulit.
🍁Menambah baik penampilan kulit.
🍁Sumber semulajadi dari hidupan laut biopolymer yang terdapat di dalam moisturizer membantu melindungi kita dari pencemaran.
🍁Tona kulit lebih sekata.

YOUTH Activating Serum


🍁Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif.
🍁Memperbaharui pada peringkat sel.
🍁Membuatkan kulit lebih muda.
🍁Menjadikan kulit lebih remaja.
🍁Menyerikan wajah.

YOUTH Advance Renewal Night Cream ( mempunyai 2 pilihan iaitu light & rich)

🍁Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.
🍁Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastik.
🍁Membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Radiance C+E


🍁Menggebu dan mencerahkan kulit.
🍁Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan pigmentasi.
🍁Menambah baik tekstur dan tona kulit yang lebih sekata.

KOMBINASI YOUTH

YOUTH boleh di pecahkan kepada 3 kombinasi iaitu set permulaan, set pembaharuan dan mengekalkan dan set rawatan intensif dan pemulihan

Set Permulaan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream



Set pembaharuan dan mengekalkan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Activating Serum
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream


Set rawatan intensif dan pemulihan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Activating Serum
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream
🌻Radiance C+E


Nak best lagi boleh pakejkan dengan set radiance internal. Boleh baca kat sini. Kalau gabungkan penjagaan dalaman dan luaran dari Shaklee, Che Yan yakin korang never regret punye. Coz kalau tak caya boleh tengok kisah Che Yan.

Kalau korang nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti korang boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau korang beli set youth ni full set dah kompom-kompon dapat keahlian percuma.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :

Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :

ALERGIK DI MUKA : CARA PULIHKAN DENGAN YOUTH

Hai hampa. Saja la nak citer macam mana Che Yan berjaya selesaikan masalah alergik dimuka. Mana tau kot ada yang mempunyai masalah yang sama so bolehlah nak apply apa yang Che Yan buat.

Bekerja sebagai seorang guru bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. 

Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. 

Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni". Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. 

Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.


Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH~> CHE YAN

Cer tengok the miracle of youth. Ni kisah Che Yan sendiri tau. Bukan rekaan tapi inilah hakikatnya.



Ni video masa memula Che Yan dapat youth. Boleh tengok real muka Che Yan penuh parut tu



Kalau ada yang nak rasai keberkesanan youth ni boleh rojer Che Yan anytime.


Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :