Memaparkan catatan dengan label Youth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Youth. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2018

CARA PULIHKAN JERAWAT

JERAWAT. Dengar saja sudah menjadi igauan ngeri buat kita sebagai perempuan, apatah lagi mengalaminya. Lagi seriau kalau kronik berair dan bernanah bagai. Lagi stress parut yang ditinggalkan berbekas hitam.



Semua orang nak cara pulihkan jerawat sepantas kilat. Namun harus diingat jangan terlalu mengejar cantik cepat dan gunakan produk semberono. Bimbang semakin kronik jadinya.

Ikuti kisah Yaya dalam episod pulihkan semula jerawat yang dialami.

*******

Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah 'menyerang' saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat.

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak 'tutup' dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

EPISOD JERAWAT MENYERANG

lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

KULIT SEMAKIN TERUK

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun.

bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je.  tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

YOUTH  MEMBERI HARAPAN BARU

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².


Begitulah kisah Yaya yang berjaya mendapatkan kulit idamannya dengan rangkaian produk Shaklee.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau korang beli set youth ni full set dah kompom-kompon dapat keahlian percuma.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Sabtu, 28 Julai 2018

YOUTH SHAKLEE : REVOLUSI PENJAGAAN WAJAH BERTEKNOLOGI TINGGI

Hai hampa semua, apa habaq? Dok berasa lama tak hupdate blog. Bukan apa, aritu kemabukan coz Che Yan preggy anak keemmpat. Tolong doa selamat semua sampai due na.

Hari ni Che Yan nak cerita pasal youth skincare terbaru dari Shaklee. Che Yan dah guna tau. Sebab tu Che Yan bulih cerita dengan penuh excitednya.



Bagi mereka yang takde masalah kulit bersyukurlah dan jangan nak memandai pegi pakai skincare sampah yang boleh merosakkan kulit yang sedia cun tu. Lebih baik pakai youth yang memang terbukti keberkesanannya. Mana bukti? Buktinya Che Yan sendiri dah merasa. Boleh baca kat entry testimoni Shaklee by Che Yan.

Jom kita baca apa yang bestnya YOUTH ni...

APA BEZA YOUTH SKINCARE DENGAN SKINCARE LAIN?

🌿 Teknologi yang canggih dalam penghasilan youth menyebabkan ianya berbeza kerana youth mampu menangani penuaan dipermukaan dengan memberi fokus kepada tahap sel kulit.

🌿Youth guna teknologi berpaten yang membantu mengaktifkan protien bagi menjana semula sel-sel kulit bagi menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastik yang akan membuatkan kulit kita nampak lebih muda dari sebelumnya.

🌿Keistimewaan yang paling mantop dan susah nak bikin oleh produk skincare lain ialah youth 100% semulajadi atau bak kata orang kampung Che Yan natural. Sebab apa kata payah nak tiru? Sebab skincare yang ada di pasaran yang paling selamat pun at least mesti guna jugak sikit paraben untuk tujuan pengawet dan elak skincare berkulat. Yez memang dalam kuantiti yang dibenarkan tapi still ada kan. Berbeza dengan youth memang bebas bahan kimia berbahaya such as phtalates, hydroquinone, mercury and even paraben yang jadi pengawet tuh and such lah. Awat Che Yan yakin sangat? Ofcos la, kajian klinikal dah dibuat kat youth ni dan terbukti bebas 2500 bahan kimia berbahaya. Maka youth sesuai diguna semua peringkat umur.

🌿Kebolehpercayaan keberkesanan yang tinggi sebab youth tak dibancuh belakang rumah sebaliknya dikaji selama 8 tahun sebelum dikeluarkan untuk bertemu pengguna dan ada 8 patent pending.

🌿Perkara yang paling susah nak percaya tapi kena percaya jugak ialah menurut kajian klinikal 100% wanita yang menggunakan youth memiliki kulit yang lebih muda.

🌿Lagi mengiurkan youth adalah produk vegan. Maksudnya youth tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan dan tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian. Youth juga bebas gluten

APA BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM YOUTH?

Terdapat 5 bahan aktif yang semulajadi terdapat dalam skincare youth iaitu:

MUSCADINE GRAPE

Polifenol dalam muscadine grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastik.

LOTUS JAPONICUS

Lotus JAPONICUS mengaktifkan protein youth Yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin Dan fibrilin.

APPLE STEM CELL EXTRACT

Apple stem cell extract mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Herba ni selalunya digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.  Schisandra Chinensis Fruit Extract sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu menyokong kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR+ COMPLEX

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamn-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

BERAPA JENIS ITEM YANG TERDAPAT DALAM RANGKAIAN YOUTH?

Ok, sekarang meh kita tengok pulak apa yang youth ada.

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser


🍁Membersih dan mencuci kain kulit.
🍁Memperhalus dengan lembut.
🍁Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan wajah seterusnya iaitu pemakaian toner.
🍁Menyerikan wajah secara semulajadi.
🍁Ph yang seimbang
🍁Bebas sabun.
🍁Gabungan daripada vitamin dan polifenol serta alga.

YOUTH Perfecting Skin Toner


🍁Membersihkan sel kulit mati.
🍁Menghidratkan kulit.
🍁Membekalkan nutrisi dan vitamin penting pada kulit.
🍁Membebaskan kulit dari sel-sel kusam.
🍁Membebaskan kulit dari agen pencemar persekitaran.

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50



🍁Pelindung matahari bespektrum luas UVA/UVB.
🍁Melembapkan kulit.
🍁Menambah baik penampilan kulit.
🍁Sumber semulajadi dari hidupan laut biopolymer yang terdapat di dalam moisturizer membantu melindungi kita dari pencemaran.
🍁Tona kulit lebih sekata.

YOUTH Activating Serum


🍁Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif.
🍁Memperbaharui pada peringkat sel.
🍁Membuatkan kulit lebih muda.
🍁Menjadikan kulit lebih remaja.
🍁Menyerikan wajah.

YOUTH Advance Renewal Night Cream ( mempunyai 2 pilihan iaitu light & rich)

🍁Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.
🍁Membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastik.
🍁Membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Radiance C+E


🍁Menggebu dan mencerahkan kulit.
🍁Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan pigmentasi.
🍁Menambah baik tekstur dan tona kulit yang lebih sekata.

KOMBINASI YOUTH

YOUTH boleh di pecahkan kepada 3 kombinasi iaitu set permulaan, set pembaharuan dan mengekalkan dan set rawatan intensif dan pemulihan

Set Permulaan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream



Set pembaharuan dan mengekalkan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Activating Serum
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream


Set rawatan intensif dan pemulihan terdiri daripada :

🌻YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
🌻YOUTH Perfecting Skin Toner
🌻YOUTH Activating Serum
🌻YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
🌻YOUTH Advance Renewal Night Cream
🌻Radiance C+E


Nak best lagi boleh pakejkan dengan set radiance internal. Boleh baca kat sini. Kalau gabungkan penjagaan dalaman dan luaran dari Shaklee, Che Yan yakin korang never regret punye. Coz kalau tak caya boleh tengok kisah Che Yan.

Kalau korang nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti korang boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau korang beli set youth ni full set dah kompom-kompon dapat keahlian percuma.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :

Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :

ALERGIK DI MUKA : CARA PULIHKAN DENGAN YOUTH

Hai hampa. Saja la nak citer macam mana Che Yan berjaya selesaikan masalah alergik dimuka. Mana tau kot ada yang mempunyai masalah yang sama so bolehlah nak apply apa yang Che Yan buat.

Bekerja sebagai seorang guru bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. 

Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. 

Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni". Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. 

Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.


Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH~> CHE YAN

Cer tengok the miracle of youth. Ni kisah Che Yan sendiri tau. Bukan rekaan tapi inilah hakikatnya.



Ni video masa memula Che Yan dapat youth. Boleh tengok real muka Che Yan penuh parut tu



Kalau ada yang nak rasai keberkesanan youth ni boleh rojer Che Yan anytime.


Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :