Isnin, 16 Oktober 2017

7 PETUA AWET MUDA

Assalamualaikum….apa habaq semua…hari fefeling nak tulis pasal petua awet muda. Almaklumla….sejak menjangkau usia remaja purba nih Che Yan banyak dok tilik n baca tentang petua-petua awet muda. Bukan bermaksud Che Yan ni takut jadi tua tapi kalau bulih sebagai orang perempuan kita ni kena la jugak jaga diri kita agar kompiden level tu di tahap yang letopsss kababomsss. Elessss….jangan tak nak ngako korang kalau jerawat sebijik tumbuh kat muka pun korang dah stresss macam xnak jumpa orang. Berat bertambah 200g pun korang dah fefeling gemsss khennnn.


Ok lah jejumsss kita tengok antara petua yang boleh kita buat dan amalkan untuk bantu kurangkan tahap keriputttt dan bantu juga pastikan tahap kesihatan kita di tahap optimum gitchewww…check it out……


YANG PERTAMA : TIDUR YANG CUKUP

Tau dak ??? tidur cukup akan tingkatkan metabolisme. Secara tak langsung maksudnya badan korang cepat bertindak balas dengan kalori. Tapi harus diingat tidur yang secukupnya adalah antara enam sehingga 8 jam sehari. Ini bermaksud tidur sebelah malam dan bukannya termasuk tidur di siang hari dalam surau masa waktu rehat tu tau.  Tapi tidur seketika waktu tengah hari boleh hilangkan stress pada tubuh. Tapi yang Che Yan dok habaq pasal tidur cukup ni….tidur yang sebelah malam tu na…na…na…

 Selain itu posisi tidur juga membantu tau…jangan dok tidur terlentung. Selain daripada mudah di ganggu ‘makhluk halus’ tidur terlentang juga akan menyebabkan kulit berkedut. Sebaik-baiknya tiru tidur Rasulullah s.a.w yang terbukti sihat dan menghindari penyakit. Tidur di sebelah kanan dan tangan kanan di bawah pipi , amalkan selalu….korang akan dapat tidur yang nyeyak.


YANG KEDUA : ELAKKAN MINUMAN BERGAS

Korang pun dah sedia maklumkan….. minuman bergas ini mengandungi gula berlebihan serta tak bagus untuk organ  dalaman. Kalau dah terminum dengan sengaja….ekekeke…. usahakan untuk seimbangkan dengan lebihkan minum air kosong secukupnya bagi kesihatan kulit wajah untuk kembali segar. Kalau tak mau seimbangkan pun xpa aih….Che Yan tak marah tapi jangan kata Che Yan tak umbrella nahhh…..

YANG KETIGA : JANGAN MEROKOK

Merokok ini bukan sahaja memberi kesan bahaya kepada perokok tetapi juga untuk mereka yang berada di sekitar perokok tu. Yang dok sedut asap rokok tu dah kategori perokok pasif. Lagi bahaya sebenarnya coz si perokok ada gak filter…yang dok sedut saja tuh direct ke paru-paru (tapi yang hisap rokok jangan nak bajet selamat sangat….ko dah buat dosa sebab jadi penyumbang orang lain tak sihat). Nikotin dan kandungan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok turut merosakkan struktur kulit. Ia mengundang proses penuaan yang berganda. Jadi elakkan berada dekat dengan perokok dan jauhilah amalan yang tidak sihat ini. Nak awet muda kan?

YANG KEEMPAT:  JADIKAN BUAH DAN SAYUR SEBAGAI BFF


Selalunya orang jadikan buah sebagai pencuci mulut….salah tu…sepatutnya buah kita makan sebelum makan makanan berat. Kalau korang nak tau ni pun trick nak kurangkan rasa lapar maka tidaklah kau melantak 3 pinggan ekekeke…. Buah juga mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk kesihatan kulit dan juga badan kita.

Che Yan dok tengok tok wan tok nek Che Yan dulu-dulu suka makan ulam-ulaman sebab depa tau ulam-ulaman ini adalah ubat mujarab dan semulajadi untuk kekal awet muda. Jadi buat orang muda petua awet muda orang dahulu kala zaman tok wan tok nek  kita masih boleh diamalkan dan pastinya berkesan. Antara ulam-ulaman kampung yang best diamalkan seperti ulam raja, kaduk, putat, pegaga dan banyak lagi lah.

YANG KELIMA : MAKAN DENGAN BIJAK

Part ni perlu ingat na…na…na…badan kita bukanlah tong sampah yang boleh kita sumbatkan segala jenis makanan. Sila pilih makanan yang sihat dengan bijak, sebab pemakanan ini memberi kesan kepada kesihatan dan juga kulit kita. Jika terlebih makan makanan segera dan dalam tin sudah pasti kulit pun nampak macam segera tua lah juga. Oleh itu membuat pilihan makanan adalah sangat kritikal, lebihkan makan buah-buahan dan sayur hijau dalam pemakaman. Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak. Air kosong juga sangat penting untuk kita. Dua liter air kosong sehari adalah wajib. Kalau nak ikutkan 1 liter air kosong diperlukan untuk setiap 25kg berat badan. So…pandailah korang kira berapa liter yang korang perlukan. Che Yan sehari ambil air kosong tak kurang 4 liter tapi idoklewww berat badan Che Yan 100kg muahahaha.

YANG KEENAM : ADAKAN PERLINDUNGAN UNTUK KULIT

Kalau korang kerja di dalam bangunan yang berhawa dingin sebaiknya gunakan krim pelembab atau pun krim yang boleh mengelakkan kulit anda menjadi kering. Banyak gilos pilihan krim di luar tapi cari yang sesuai dengan jenis kulit korang tau. Jika perlu keluar dan jenis yang bekerja banyak berhadapan dengan sinaran matahari, gunakan krim pelindung sinar UV.

YANG KETUJUH : PEMAKANAN TAMBAHAN

Sehebat mana pun kita menjaga rutin harian kita pasti ada yang lompang sana-sini. Disitula fungsi pemakanan tambahan. Kat sini Che Yan nak kongsikan beberapa pemakanan tambahan yang boleh korang ambil untuk meneruskan niat morrrniiii korang untuk terus awet muda. Tantaraaaaaa………dengan jaminan SELAMAT….SEMULAJADI…..BERKESAN……..

>>>PROTIEN UNTUK MEMBINA KULIT YANG SIHAT



Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:   

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  •  Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  •  Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

>>>PERLINDUNGAN ANTIOKSIDA DENGAN VITAMIN C


Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
             

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.


>>>TINGKATKAN KEANJALAN  DENGAN KOLAGEN


Kolagen adalah struktur penting untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan. ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

  •  Kulit yang lebih anjal.
  •  Mengurangkan kedutan.
  •  Kulit yang lebih anjal.
  •  Mengurangkan parut.



>>>KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT DENGAN GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk :

  • Mengekalkan kelembapan kulit 
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.


Korang boleh tekan link kat bawah ni untuk dapatkan produk yang Che Yan cadangkan.


KLIK SINI

 Kalau korang nak behubung terus dengan Che Yan terus pun boleh….hubungi….013-9117607 untuk
kita chit chat panjang lebar berkaitan suplemen yang sesuai yang boleh bantu niat murni korang.

TIPS CANTIK

1#Lindungi kulit anda dari sinaran UV. Kuatkan perlindungan terhadap  sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. . Ia juga dikenali   sebagai ‘Pelindung Matahari    Dalaman’ anda. 
         
2#Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C. 

3#Bagi yang muslim boleh amalkan doa ni….

               



Orait….panjang dah citer….jangan lupa amalkan tau. Last but not least, for those yang nak dapatkan pemakanan tambahan yang Che Yan cadangkan tu boleh boleh rojer Che Yan tau.

MESSAGE @ WASAP @ TELEGRAM
013-9117607

BLOG
vitaminDhatiku.blogspot.com

PAGE
vitaminDhatiku

FB
Shahizan Rahimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan