Rabu, 24 Oktober 2018

CARA ATASI ANEMIA KETIKA MENGANDUNG

Anemia ketika mengandung atau lebih mudah difahami masalah kekurangan sel darah merah. Selalunya akan disebut sebagai HB kurang dalam kalangan jururawat yang merawat ibu-ibu mengandung.


Memang banyak risiko yang bakal ibu-ibu alami sekiranya mengalami masalah HB kurang. Antaranya masalah keguguran, kelahiran pramatang dan kemungkinan tumpah darah saat melahirkan. Kesemua risiko ini akan mendatangkan bahaya kepada ibu-ibu dan mungkin juga mampu meragut nyawa.

Ikuti kisah Puan Fatimah dalam menyelesaikan masalah anemia beliau ketika mengandung.

**********

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

HAMPIR TRANSFUSI DARAH

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.


IKHTIAR YANG PELBAGAI

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.

BERTEMU DENGAN PENYELESAI MASALAH

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.


Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

TIADA LAGI MASALAH ANEMIA UNTUK KANDUNGAN YANG BERIKUTNYA

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

TIADA MASALAH PITAM AKIBAT ANEMIA

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

NUTRISI TERBAIK UNTUK IBU DAN ANAK

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.


Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.



************

Begitulah kisah pengalaman seorang ibu yang mengalami anemia kronik dan berjaya menyelesaikan masalahnya. Beliau juga mampu mengurus diri dengan baik untuk kelahiran yang berikutnya.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. 
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607


Selasa, 23 Oktober 2018

DARAH TINGGI : IKHTIAR ATASI

Darah tinggi merupakan satu masalah kesihatan yang mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan lain.



Kesedaran yang wujud dalam diri Mak Cik Zahrah telah mengubah tahap kesihatannya. Masalah darah tinggi yang dialami beliau telah menyebabkan beliau berikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut.

Bukan hanya darah tinggi malah beliau turut mengalami masalah cramp semasa tidur dan mengalami gatal-gatal sekiranya makan makanan laut.

Ikuti kisah Mak Cik Zahrah dalam mengubah lembaran hidup beliau ke arah yang lebih sihat.

*******

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.

DARAH TINGGI, CRAMP DAN GATAL-GATAL

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

ANAK CADANGKAN SUPLEMEN

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.


Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crysis semasa menggunakannya.

KONSISTEN SETAHUN MEMBUAHKAN HASIL

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.

IKHTIARLAH

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah.


*******

Begitulah kisah Mak Cik Zahrah yang berjaya menyelesaikan masalah kesihatannya dengan bantuan konsultasi yang betul dari anaknya sendiri yang juga sebagai pengguna dan pengedar Shaklee.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Isnin, 22 Oktober 2018

CARA TINGKATKAN IMUNITI KANAK-KANAK

Anak-anak ni rezeki kan.. apa pun kita lakukan adalah untuk kebahagian anak-anak. Tak kira la berapa orang anak..



Ikuti kisah Puan Lina Akhtar berkaitan kesihatan anaknya

*********

Ingat lagi masa anak sulung saya usia 1 tahun 6 bulan macam tu.. kulit dan kesihatan sangat rendah. Sampai boleh dikatakan setiap bulan mesti ada je ke klinik yang berdekatan. Paling risau bila demam saat suami kerja luar dan tidak bersama kami kat rumah.


Selepas dah berapa kali mencuba dan nak yang terbaik. Alhamdulillah...


PENGALAMAN MENDEWASAKAN

Ni pula si adiknya.. kulit makin putih dan kecerahan semakin buat ibu geram... dengan dia saya bermula 100% PRODUK SHAKLEE sedari hamil sampai la usia dia sekarang 2 tahun 9 bulan.
.

Bersyukur sangat.. terlalu jarang ke klinik. Bila badan dedah suhu 37'c macam tu.
.

Antara yang saya amalkan adalah up dose Omega.. Vita C Chewable paling dia suka dan cream Herbal Blend tu untuk sejukkan badan dia. Sangat menjadi sebab cream tu ada menthol mint dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
.

Nak kuatkan imun booster anak-anak? Saya pilih Nutriferon sekali sekala bila perlu.

Dan... mommies gojes nak tau.. ianya SANGAT JIMAT & BERBALOI dengan produk ni..
.

Mungkin ada anak-anak mommies yang cerewet dan sukar nak makan ubat klinik ... maka..

Inillah PENYELESAIANNYA!
.

Anak-anak pasti suka dan mommies yang berkerja tak perlu risau bila hantar anak ke taska. Pengasuh mahu pun anak-anak yang bersekolah.

Yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dan pengalaman menjaga anak-anak tak sihat saat suami kerja luar dan berjauhan dari keluarga menbawa 1001 pengalaman untuk saya.

Saya rela tak belikan pakaian baru untuk mereka tiap bulan. Asalkan stok vitamin ni cukup untuk mereka anak-anak kesayangan saya.

Anda juga pasti terlalu sayangkan anak-anak dan nak yang terbaik untuk kesihatan anak-anak kan.

Buat pilihan yang terbaik. Mereka juga adalah pelaburan dan penyambung generasi kita di masa hadapan.



Alhamdulillah.

********

Siapa pun kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak terutama melibatkan anak-anak.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Ahad, 21 Oktober 2018

CARA ATASI SEMBELIT SEMASA DALAM PANTANG

Sembelit sememangnya cukup menyiksa kan. Tambah ngeri apabila sembelit dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang .



Ikuti kisah Aida yang sememangnya dibelenggu masalah sembelit sejak zaman bujang dan bertambah kronik semasa dalam pantang. Bagai mana beliau keluar dari kemelut itu.

********

Assalamualaikum..

Saya Aida Azwani Bin Agus Azhar, berusia 33 thn , seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Saya adalah seorang ibu bekerja. Saya suka gelarkan diri saya Aida.
Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, Ada yang kenangannya manis dan bahagia . Ada yang pahit. Ada yang ngeri macam saya
.

Pengalaman saya melahirkan anak kedua memang sangat manis. Yelah...cahaya ke kedua  perempuan pula tu. Siapa tak Happy kan . Proses bersalin saya pun mudah je . Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je 2.6kg. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar.Alhamdulillah.segala urusan di permudahkan lagi dengan adanya suami di sisi sepanjang proses bersalin.

PENGALAMAN INDAH BERTUKAR NGERI

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang sangat ngeri. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum orange atau buah pisang, mesti lawas punya.Anak pertama anak lelaki sembelit juga tapi tak kritikal. Tapi lepas bersalin anak no 2, sembelit saya jadi teruk sangat.

Hari ketiga baru nak pergi membuang.Belum buang lagi saya dah menangis sbb sangat sakit dan takut nak membuang.

SERAM

Sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Alhamdulillah Allah S.W.T kurniakan saya anak ketiga selepas 6 tahun
Masa berpantang anak nombor 3, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C+ OSTEMATRIX+LECHITIN

Yang best sekali saya tida bengkak susu sebab apa sbb lechitin tu..wow amazing kan.
Macam-macam Shaklee effect saya dapat kan.

Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 2. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya happy dan teruja sangat. So saya pun tanya  dan belajar dari pembacaan dan Mr google , kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.
.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???
.

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih.
.

Ingat! Kalisum tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...

MANFAAT BERPANJANGAN

Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 3 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. Macam saya yang selalu salah urat kejang kaki.ostematrix dan sah sebahagian hidup saya tak lengakp tanpa ostematrix ni.



*********
Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. 
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 
013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Sabtu, 20 Oktober 2018

CARA ATASI GASTRIK SECARA SEMULAJADI

Gastrik. Buat yang tak pernah mengalami mungkin akan menganggap enteng. Apabila tiba ramadan lagilah siksa namun rukun Islam ke - 3 itu perlu dilunaskan juga. Tak mudah. Mungkin ada yang berprasangka pesakit gastrik hanya memberi alasan untuk tidak berpuasa. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu siksanya.



Kisah yang Che Yan kongsikan kali ini merupakan kisah benar dari himpunan Shaklee effect kerana hanya yang merasai kesannya sahaja yang boleh menceritakan kisahnya.

Jom ikuti kisah KAK MA yang telah berjaya mengakhiri masalah gastrik yang telah menghantui hidupnya selama 16 tahun.

**********

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

BULAN PUASA IALAH BULAN YANG MENDUGA

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

UBAT HANYA MEMBERI KELEGAAN SEMENTARA

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

BERMULA DENGAN SET BERPANTANG

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

SET GASTRIK

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.

 Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

********

Begitulah kisah KAK MA yang pada asalnya mengenal set berpantang Shaklee dan seterusnya mendapat manfaat kelegaan masalah gastrik dan terus mengamalkannya sehingga beliau bebas dari belenggu gastrik.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Jumaat, 19 Oktober 2018

CARA PULIHKAN JERAWAT

JERAWAT. Dengar saja sudah menjadi igauan ngeri buat kita sebagai perempuan, apatah lagi mengalaminya. Lagi seriau kalau kronik berair dan bernanah bagai. Lagi stress parut yang ditinggalkan berbekas hitam.



Semua orang nak cara pulihkan jerawat sepantas kilat. Namun harus diingat jangan terlalu mengejar cantik cepat dan gunakan produk semberono. Bimbang semakin kronik jadinya.

Ikuti kisah Yaya dalam episod pulihkan semula jerawat yang dialami.

*******

Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah 'menyerang' saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat.

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak 'tutup' dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

EPISOD JERAWAT MENYERANG

lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

KULIT SEMAKIN TERUK

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun.

bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je.  tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

YOUTH  MEMBERI HARAPAN BARU

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².


Begitulah kisah Yaya yang berjaya mendapatkan kulit idamannya dengan rangkaian produk Shaklee.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau korang beli set youth ni full set dah kompom-kompon dapat keahlian percuma.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Khamis, 18 Oktober 2018

KESAKITAN AKIBAT HENTAKAN KEMALANGAN : BANTU PULIHKAN DENGAN CARA SEMULAJADI


Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Malang tak pernah menyebar bauan. Begitulah kisah yang bakal diceritakan oleh seorang ibu anak 2 yang terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa mengensot dan menggunakan tongkat dan kerusi roda dalam melunas tugasan harian.



Namun atas tawakal dan keyakinan beliau, akhirnya segala "pembantunya" telah "dipecat". Beliau sudah mampu berdiri dan berjalan seperti biasa semula.

Ikuti kisahnya.

*********

Nama saya Wan Noor Hidayah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Saya ingin kongsikan bagaimana kaki saya pulih sepenuhnya selepas mengamalkan suplemen Shaklee.
.

Pada tahun 2015 saya mengalami kemalangan kereta yang teruk. Tetapi alhamdulillah, saya masih hidup walaupun tidak dapat berjalan dengan sempurna selama beberapa bulan. Pada mulanya saya mencuba 2 jenama suplemen ternama dipasaran untuk mengurangkan kesakitan di kaki saya.
.

Saya terpaksa mengambil suplemen memandangkan tiada ubat selain ubat tahan sakit sahaja yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya. Menurut mereka, keputusan x-ray saya tidak menunjukkan sebarang masalah kecederaan pada tulang walaupun mereka sendiri berasa pelik mengapa saya langsung tidak boleh berjalan.

TERPAKSA MENGENSOT KE BILIK AIR

Sejak dari kemalangan tersebut saya tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga setiap kali hendak ke mana-mana. Paling menyedihkan adalah apabila saya terpaksa mengesot perlahan-perlahan ke bilik air apabila hendak berwuduk ketika ahli keluarga tiada di rumah. Sakitnya kaki saya ketika mengesot hanya Allah sahaja yang tahu.

KERUSI RODA DAN TONGKAT MENJADI PEMBANTU PERGERAKAN

Kemudian ibu saya mendapatkan sepasang tongkat dan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya. Saya menggunakan tongkat selama hampir 3 bulan untuk ke pejabat setiap hari. Walaupun kesakitan kaki saya telah mengambil masa yang agak lama untuk berkurangan, namun saya masih berasa amat sakit apabila berjalan tanpa tongkat.

BERTEMU PENGHAPUS "PEMBANTU" DENGAN IZIN-NYA

Pada suatu hari saya telah ditakdirkan oleh Allah SWT dapat kembali bekerja di lokasi yang berhampiran dengan cawangan Shaklee. Peluang ini saya ambil untuk mendaftar sebagai ahli dan membeli beberapa jenis suplemen. Omega Guard menjadi suplemen kegemaran saya apabila kesakitan kaki saya hilang setelah konsisten mengamalkannya.

DAPAT MANFAAT EXTRA

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur apabila kaki saya tidak lagi sakit. Omega Guard telah membantu saya untuk sembuh. Saya juga turut merasakan Shaklee Effect yang lain iaitu mood saya semakin baik, saya menjadi lebih tenang dan tidak cepat marah. Penglihatan mata saya juga semakin baik dan saya tidak lagi mengalami masalah silau apabila memandu di waktu malam.
.

Selain Omega Guard, saya juga mengambil B-Complex untuk mengurangkan rasa sedih akibat tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tetapi selepas istiqamah mengamalkannya, bahagian kaki saya yang kebas kerana banyak saraf mati akibat hentakan kuat semasa kemalangan lalu juga telah pulih dan kulit wajah saya menjadi semakin berseri-seri.

Kini saya hanya percayakan suplemen Shaklee sahaja. Selain semakin sihat, bertenaga, cergas dan cantik berseri, saya juga mendapat bonus setiap bulan. Marilah sertai Shaklee bersama saya. Anda juga boleh merasai Shaklee Effect yang tidak disangka-sangka.

Selamat tinggal tongkat. Saya cintakan Shaklee sampai bila-bila 😍😍😍.


********

Dalam kisah ini omega berfungsi sebagai mengurangkan keradangan dan dalam masa yang sama melancarkan peredaran darah.

BComplex pula memberi kesan terhadap saraf. Ketegangan saraf dapat dikurangkan dengan mengambil b Complex dengan dos yang sesuai. Selain itu, ianya juga memberi efek rilex dan membantu seseorang individu mengurangkan rasa stress.

Kurangnya keradangan, peredaran darah yang lancar dan, ketegangan saraf yang semakin berkurang dan rasa stress yang tidak bercambah akan membantu seseorang individu dalam proses penyembuhan.

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com


FB :
Shahizan Rahimi


FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607


FB page semalaysia :
vitaminDhatiku


Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607