Isnin, 2 April 2018

5 CARA TANGANI STRESS

Hai uolssss...sibuk nau-nau Che Yan sejak dua tiga menjak nih. Tapi ok lah Che Yan boleh manage stress dengan baik lagi. Tapi masih ramai diluar sana yang masih muka ketat urat sendat dengan stress yang pelbagai.

Stress yang tidak dikendalikan dengan baik akan menyumbang kepada tekanan darah yang tinggi and the bad thing is sekiranya tidak dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tekanan darah tinggi atau hypertension dah macam “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran. Klau kita nak demam kita akan rasa pedih mata, tekak kesat xpun paling simple mula dengan selesema tapi tidak untuk pengidap darah tinggi. Kalau tidak dirawat dari peringkat awal, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Actually banyak faktor jugak yang jadi penyebab tekanan darah tinggi selain stress. Antaranya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Berdasarkan buku Family Health Modern Diseases karya Dr. Bruce Miller tekanan darah yang normal mestilah kurang daripada 130/85. Sekiranya bacaan tekanan darah mencecah 140/90 maka tu dah boleh digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat usia. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh uolsss.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Disebabkan tekanan darah tinggi ni merupakan silent killer yang memang tak nak bagi hint langsung kewujudannya maka disini Che Yan nak kongsikan kaedah bagaimana cara mengawal tekanan darah agar maintain cun. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh uolssss amalkan :


1. KURANGKAN BERAT BADAN 

Hohohoho....part ni paling mencabar untuk mereka yang terlebih sudah berat badannya namun hakikatnya inilah salah satu cara untuk kawal tekanan darah. So untuk merealisasikan penurunan berat badan kita perlu bersenam dengan kerap. Paling sikit pun seminggu 3 kali dan 30 minit setiap sesi. 

2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Sebab apa perlu kurangkan garam??? Coz garam ni  macam pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Pernah tak dengar orang gemuk air? Ha...sebenarnya kes consume terlebih garam la tu.So dalam menu harian, kita perlu kurangkan kicap, telur masin dan ikan masin serta jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Uolssss tau tak yang kita tak boleh ambil garam lebih dari 2.3g sehari. 2.3 g tu anggaranya 1 sudu teh sahaja. 

3. JANGAN MEROKOK

Ha...ni satu lagi tabiat yang paling payah nak buang terutama buat abam-abam sado. Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. So kalau dah jadi "chain smoker" dan merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi setiap masa. Sekali hisap naik 10 dan amik masa sejam nak turun semula, dah tu kalau dalam masa sejam dah 4 kali bila nak turunnya kannn.

4. TANGANI STRES

Seimbangkan kehidupan uolss dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. Coz hidup di zaman yang penuh pancaroba nih memang mengundang stres yang pelbagai. Kerja banyak stres, takde kerja stres, duit tak cukup stres, jalan jem stres pendek kata semua pun boleh jadi streslah hehehe. Kalau uolss mempunyai  stres yang kronik dan tak dapat nak dibendung, maka ia akan memudaratkan kesihatan uolss dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Maka jalan terbaik selalulah bersyukur. Kerja banyak maka syukur orang lain takde kerja. Takde kerja maka syukur orang lain stress kerja. Duit tak cukup maka syukur diberi kesedaran untuk lebih berusaha. Kan lebih indah hidup ini

5. AMALKAN DIET SIHAT

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. 


Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan adalah seiring dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan uolsss kawal tahap kolesterol dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Uolss juga mungkin nak tau cara mudah kurangkan stress yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE





SAAT YOUTH MENJELMA



Testimoni pertama seorang lelaki, so sape cakap perempuan je nak cantik kennnn


Testimoni kedua selepas penggunaan Youth selama 8 hari


Testimoni ketiga menampakkan perubahan selepas 14 hari



Testimoni keempat juga mendapat kesan selepas 14 hari


Testimoni kelima mendapat kesan sebegini setelah 13 hari penggunaan



Anda mahukan perubahan yang ketara seperti mereka?

Jangan lupa hubungi Che Yan di

Phone :
 013-9117607

FB personal :
 Shahizan Rahimi

FB page semalaya :
 vitaminDhatiku

FB page kawasan :
 Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607