Khamis, 6 April 2017

LUTUT BERBUNYI : IKHTIAR CARA SELAMAT

assalamualaikum....

ari ni che yan.....nak berkongsi kisah perjalanan "cinta shaklee" che....mengenali shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk shaklee "jatuh berkali-kali" hasil bimbingan SID hebat bergelar "ratu vivix".

Selepas set berpantang premium shaklee che yan cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang che yan alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang che yan alami hasil daripada penglibatan aktif che yan dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan che yan untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan che yan semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan che yan naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut che yan akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, che yan terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya che yan perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila che yan perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi che yan ambil vivix, collegen, ostemetrix n omega.

che yan terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa che yan tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan che yan belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan che yan ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit che yan semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami che yan memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan che yan memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang che yan perasan ialah masalah alergik che yan pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali che yan termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini che yan ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".

Memang nawaitu che yan nak ambil set sendi tu untuk masalah lutut. Tiba-tiba macam-macam bonus  dan manfaat yang lain  diperolehi. Maka buat sekian kalinya che yan "jatuh cinta" dengan shaklee. Jom sama-sama bershaklee untuk meningkatkan kesihatan.



nak story panjang lebar bleh jugak rojer che yan na..na..na...0139117607

Tiada ulasan:

Catat Ulasan