Assalamualaikum….apa habaq
semua…hari fefeling nak tulis pasal petua awet muda. Almaklumla….sejak
menjangkau usia remaja purba nih Che Yan banyak dok tilik n baca tentang
petua-petua awet muda. Bukan bermaksud Che Yan ni takut jadi tua tapi kalau
bulih sebagai orang perempuan kita ni kena la jugak jaga diri kita agar
kompiden level tu di tahap yang letopsss kababomsss. Elessss….jangan tak nak
ngako korang kalau jerawat sebijik tumbuh kat muka pun korang dah stresss macam
xnak jumpa orang. Berat bertambah 200g pun korang dah fefeling gemsss khennnn.
Ok lah jejumsss kita tengok
antara petua yang boleh kita buat dan amalkan untuk bantu kurangkan tahap
keriputttt dan bantu juga pastikan tahap kesihatan kita di tahap optimum
gitchewww…check it out……
YANG PERTAMA : TIDUR YANG CUKUP
Tau dak ??? tidur cukup akan
tingkatkan metabolisme. Secara tak langsung maksudnya badan korang cepat
bertindak balas dengan kalori. Tapi harus diingat tidur yang secukupnya adalah
antara enam sehingga 8 jam sehari. Ini bermaksud tidur sebelah malam dan
bukannya termasuk tidur di siang hari dalam surau masa waktu rehat tu tau. Tapi tidur seketika waktu tengah hari boleh
hilangkan stress pada tubuh. Tapi yang Che Yan dok habaq pasal tidur cukup
ni….tidur yang sebelah malam tu na…na…na…
Selain itu posisi tidur juga membantu
tau…jangan dok tidur terlentung. Selain daripada mudah di ganggu ‘makhluk
halus’ tidur terlentang juga akan menyebabkan kulit berkedut. Sebaik-baiknya
tiru tidur Rasulullah s.a.w yang terbukti sihat dan menghindari penyakit. Tidur
di sebelah kanan dan tangan kanan di bawah pipi , amalkan selalu….korang akan
dapat tidur yang nyeyak.
YANG KEDUA : ELAKKAN MINUMAN
BERGAS
Korang pun dah sedia maklumkan…..
minuman bergas ini mengandungi gula berlebihan serta tak bagus untuk organ dalaman. Kalau dah terminum dengan sengaja….ekekeke….
usahakan untuk seimbangkan dengan lebihkan minum air kosong secukupnya bagi
kesihatan kulit wajah untuk kembali segar. Kalau tak mau seimbangkan pun xpa
aih….Che Yan tak marah tapi jangan kata Che Yan tak umbrella nahhh…..
YANG KETIGA : JANGAN MEROKOK
Merokok ini bukan sahaja memberi
kesan bahaya kepada perokok tetapi juga untuk mereka yang berada di sekitar
perokok tu. Yang dok sedut asap rokok tu dah kategori perokok pasif. Lagi
bahaya sebenarnya coz si perokok ada gak filter…yang dok sedut saja tuh direct
ke paru-paru (tapi yang hisap rokok jangan nak bajet selamat sangat….ko dah
buat dosa sebab jadi penyumbang orang lain tak sihat). Nikotin dan kandungan
kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok turut merosakkan struktur kulit.
Ia mengundang proses penuaan yang berganda. Jadi elakkan berada dekat dengan
perokok dan jauhilah amalan yang tidak sihat ini. Nak awet muda kan?
YANG KEEMPAT: JADIKAN BUAH DAN SAYUR SEBAGAI BFF
Selalunya orang jadikan buah
sebagai pencuci mulut….salah tu…sepatutnya buah kita makan sebelum makan
makanan berat. Kalau korang nak tau ni pun trick nak kurangkan rasa lapar maka
tidaklah kau melantak 3 pinggan ekekeke…. Buah juga mengandungi vitamin-vitamin
yang baik untuk kesihatan kulit dan juga badan kita.
Che Yan dok tengok tok wan tok
nek Che Yan dulu-dulu suka makan ulam-ulaman sebab depa tau ulam-ulaman ini
adalah ubat mujarab dan semulajadi untuk kekal awet muda. Jadi buat orang muda
petua awet muda orang dahulu kala zaman tok wan tok nek kita masih boleh diamalkan dan pastinya
berkesan. Antara ulam-ulaman kampung yang best diamalkan seperti ulam raja,
kaduk, putat, pegaga dan banyak lagi lah.
YANG KELIMA : MAKAN DENGAN BIJAK
Part ni perlu ingat na…na…na…badan
kita bukanlah tong sampah yang boleh kita sumbatkan segala jenis makanan. Sila
pilih makanan yang sihat dengan bijak, sebab pemakanan ini memberi kesan kepada
kesihatan dan juga kulit kita. Jika terlebih makan makanan segera dan dalam tin
sudah pasti kulit pun nampak macam segera tua lah juga. Oleh itu membuat
pilihan makanan adalah sangat kritikal, lebihkan makan buah-buahan dan sayur hijau
dalam pemakaman. Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak.
Air kosong juga sangat penting untuk kita. Dua liter air kosong sehari adalah
wajib. Kalau nak ikutkan 1 liter air kosong diperlukan untuk setiap 25kg berat
badan. So…pandailah korang kira berapa liter yang korang perlukan. Che Yan
sehari ambil air kosong tak kurang 4 liter tapi idoklewww berat badan Che Yan
100kg muahahaha.
YANG KEENAM : ADAKAN PERLINDUNGAN
UNTUK KULIT
Kalau korang kerja di dalam
bangunan yang berhawa dingin sebaiknya gunakan krim pelembab atau pun krim yang
boleh mengelakkan kulit anda menjadi kering. Banyak gilos pilihan krim di luar
tapi cari yang sesuai dengan jenis kulit
korang tau. Jika perlu keluar dan jenis yang bekerja banyak berhadapan dengan
sinaran matahari, gunakan krim pelindung sinar UV.
YANG KETUJUH : PEMAKANAN TAMBAHAN
Sehebat mana pun kita menjaga
rutin harian kita pasti ada yang lompang sana-sini. Disitula fungsi pemakanan
tambahan. Kat sini Che Yan nak kongsikan beberapa pemakanan tambahan yang boleh
korang ambil untuk meneruskan niat morrrniiii korang untuk terus awet muda.
Tantaraaaaaa………dengan jaminan SELAMAT….SEMULAJADI…..BERKESAN……..
Badan dihasilkan dari protein dan
dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang
mencukupi adalah penting kerana ia:
- Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
- Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
- Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
Vitamin C, yang bertindak sebagai
antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan
kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak
berupaya untuk menghasilkan vitamin C
dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
- Membantu dalam penyembuhan luka
- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Kolagen adalah struktur penting
untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalangnya
daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan
kita boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin
meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan. ianya akan
mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada
tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
- Kulit yang lebih anjal.
- Mengurangkan kedutan.
- Kulit yang lebih anjal.
- Mengurangkan parut.
Kulit yang sihat bergantung pada
jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).
Asid lemak ini berperanan penting untuk :
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
- Mengekalkan kelembapan kulit.
- Melawan keradangan.
Korang boleh tekan link kat bawah
ni untuk dapatkan produk yang Che Yan cadangkan.
KLIK SINI |
Kalau korang nak behubung terus dengan Che Yan
terus pun boleh….hubungi….013-9117607 untuk
kita chit chat panjang lebar berkaitan suplemen yang sesuai yang boleh bantu niat murni korang.
TIPS CANTIK
1#Lindungi kulit anda dari
sinaran UV. Kuatkan perlindungan terhadap
sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda.
Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada
kerosakan sinaran matahari. . Ia juga dikenali
sebagai ‘Pelindung Matahari
Dalaman’ anda.
2#Tingkatkan perlindungan
anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.
3#Bagi yang muslim boleh amalkan
doa ni….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan