Isnin, 5 Mac 2018

MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK : MASALAH DAN CARA ATASI

Menurut UNICEF, 25% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut (dari segi fizikal & kognitif) berpunca dari malnutrisi.



APA ITU MALNUTRISI?


Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.


MASALAH YANG BAKAL TIMBUL SEKIRANYA BERLAKU MALNUTRISI

Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini. Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu, dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.

Berikut merupakan antara masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami malnutrisi :

1. Anemia

Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dalam kes-kes yang berat, malah boleh menjejaskan fungsi otak. Pencegahan kepada kekurangan zat besi memerlukan diet makanan yang lengkap termasuklah memperbanyakkan makanan yang kaya-zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, dan daging merah. Kekurangan zat besi adalah simptom yang selalu dikaitkan dengan masalah maltnutrisi. Kebanyakan individu adalah kekurangan zat besi dalam diet mereka. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Goiter

Goiter ialah satu masalah apabila berlakunya pembesaran kelenjar thyriod dan boleh menyebabkan kematian atau kerencatan mental dalam perkembangan fetus). Kekurangan iodine seringkali menjadi penyebab masalah ini .

3. Kwasyiorkor

Kwasyiorkor merupakan salah satu masalah yang wujud apabila kanak-kanak kekurangan protien. Biasanya kanak-kanak yang kurang protien akan kelihatan terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rangka. Hal ini kerana kekurangan protien telah menyebabkan binaan otot terbantut.

3. Skurvi

Skurvi ialah sejenis penyakit akibat daripada kekurangan vitamin C. Keadaan ini akan menyebabkan gusi bengkak dan berdarah. Gigi juga mudah longgar kerana gusi terlalu lembut.

4. Riket

Riket ialah masalah yang wujud apabila kekurangan vitamin D. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan penyerapan kalsium dalam tulang menjadi kurang dan akan menyebabkan pembentukan tulang yang tidak padu. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mengalami tulang belakang yang bengkok. Selain itu, kaki juga akan bengkok kerana menampung tekanan berat badan semasa berjalan.

5. Buta


Kekurangan vitamin A adalah isu yang serius di dalam dunia perubatan kerana ianya membantu dalam mencegah masalah buta dikalangan kanak-kanak.

CARA MENANGANI MASALAH MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK


Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak.
Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.

Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan agar bayi tidak mempunyai masalah kekurangan nutrisi kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di dalam tubuhnya.


Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut/gentian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.
Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol. Kurangkan / elakkan mengambil makanan yang terproses/segera dan ringan.

Bagi menampung lompang-lompang nutrisi dalam diet anak-anak ibu bapa boleh cuba suplemen terbaik untuk kanak-kanak dari Che Yan .

Phone : 013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
FB semalaya : vitaminDhatiku
FB kawasan : Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
Insta: vitaminDhatiku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan