Salam uolsss…
Che yan in da house…hari ni hari
yang agak tenang sebab pagi-pagi saja che yan agak sibuk sebab ada perjumpaan
guru-guru mata pelajaran Sejarah Jerantut untuk menyiapkan Rancangan Pengajaran
Harian Abad ke-21. Seronok, sebab dapat pengetahuan baharu. Bila sampai rumah
selepas program tu che yan terus ambil anak dari rumah pengasuh. Alhamdulillah
hari ini mampu pulang awal dan siapkan apa yang patut untuk anak-anak dan
suami. Seronok melihat keletah anak-anak dan kegembiraan mereka bila ibu pulang
awal dari bekerja.
Bila dah malam ni, anak-anak
semua dah tidur che yan dok bertenang rehatkan diri sambil melihat rakaman
video dang gambar-gambar yang di ambil sempena sambutan hari guru peringkat
sekolah. Tersenyum sendiri. Kenangan manis hari guru kali ni Che Yan dan
partner regu campuran Che yan dapat Naib Johan tau. Alhamdulillah. Pertandingan
tu berlangsung masa cuti Wesak baru ni. Tapi ada kisah disebalik pencapaian
itu. Semua guru yang menyertai pertandingan badminton telah di undi untuk
menentukan pasangan pasing-masing. Che yan telah di takdirkan beregu dengan GPK
HEM dan sudah pastinya sudah lebih berusia dari che yan. Walau bagaimanapun
regu che yan ni semagatnya tinggi. Ada la dalam beberapa hari sebelum
bertanding kami guru-guru yang bakal bertanding berlatih untuk menyesuaikan
diri dengan gelanggang. Almaklumlah skill masing-masing dah berkarat.
Setiap kali latihan che yan
selalu bawa bekal “air special” che yan. Melihat kepada kelincahan mak anak 3
ni beraksi walaupun kadang-kadang pukul angin saja sebab dah lama tak main
badminton, kawan-kawan seangkatan pakat Tanya “ko minum pet u che yan, lain
macam je kitorang tengok. Masa hari sukan hari tu pun ko kasi bebudak rumah
sukan ko minum tu jugak kan. Cer citer” (actually masa sukan sekolah hari tu
che yan kasi anak-anak yang bertanding minum “air special” tu)
So, che yan pun bagi tau la yang
air yang che yan minum tu sebenarnya PERFORMANCE DRINK keluaran #SHAKLEE. Lepas
tu pakat sibuk suruh bancuh sebab nak rasa. Diorang minta che yan sponser pada
hari pertandingan. Che yan ok je. Sampai hari pertandingan che yan tak bancuh
pun tapi che yan bawa sebekas PERFORMANCE DRINK dan minta mereka sendiri yang
bancuh ikut selera mereka dan sudah semestinya regu che yan di minta untuk
minum air tu jugak. Yang merasa PERFORMANCE DRINK memang menyatakan
kelainannya. The best part is dalam dok bertanding liga che yan dan partner
berjaya lepas ke suku akhir dan pertandingan dibawa ke hari berikutnya sebab….ye
la main liga kan.
So, esoknya sambung lagi lepas
habis waktu PdPc dalam pukul 3.30 petang pertandingan suku akir dimulakan. Nasib
che yaan dan regu che yan tak sebaik regu lain sebab ada regu lain yang telah
menarik diri maka ada regu yang menang tanpa bertanding. Che yan dan regu che
yan teruskan perjuangan dalam suku akhir. Yang syoknya menang lagi. Rehat hanya
dalam masa 10 minit, perjuangan diteruskan pula ke peringkat separuh akhir.
Aishhh…..menang lagi. Ehhh….rehat dalam 10 minit jugak sambung lawan final. Memang
kerja gila Lee Chong Wei pun tak main macam kitorang hokeyy….3 game back to
back. Lawan kami semua yang dah rest lebih setengah jam. Masa final memang dah
cakap kat regu che yan kita main kasi habis je sebab dua game sebelum tu kami
melalui rally yang sangat panjang. Tak sangka kami mampu bertahan coz che yan
anak dah 3. Partner che yan pun agak berusia sedangkan lawan kami lebih muda dan masa rehat mereka lebih panjang. Peluh jangan cakap la memang
boleh perah buat mandi semula gamoknye hahahaha. Akhirnya, lawan kami menang
tipis coz sengit sangat walaupun kami hanya rest dalam masa 10 minit sahaja
bagi setiap game.
Lepas settle main,
sahabat-sahabat yang seangkatan bermain badminton yang merasa PERFORMANCE DRINK
mengakui bahawa memang feelnya lain bermain dengan berbekal PERFORMANCE DRINK.
Diorang pun tanya mana nak dapat. So, che yan pun cakap… che yan kana da. Maka kisah
PERFORMANCE DRINK terus dikorek dari che yan. Sebagai penutup hari tersebut
diorang siap booking PERFORMANCE DRINK end of this month sebab nak test power
masa puasa nanti pulak katanya. Seronok dapat berkogsi manfaat dengan
kawan-kawan seperjuangan.
Malamnya che yan telan ostematrix
dan omega untuk meredakan ketegangan urat. Almaklumla remaja purba bermain
badminton acah-acah Lee Chong Wei. Ostemetrix juga membantu tidur yang lena tau
manakala omega pulak mampu mengelakkan keradangan….ye la masa main tak hingat
donia kan mana la tau ada otot yang stress. Tak lupa juga si tonik merah vivix juga
che yan teguk untuk memberi tenaga kepada sel. Esoknya sesi persekolahan
seperti biasa dan Alhamdulillah I feel good tanpa sakit urat tapi macam nak
selesema sikit sebab lepas abes game terus masuk tempat ada penghawa dingin. Mungkin
tu kesan peralihan suhu mengejut la tu gamoknye.
Cukuplah dulu che yan berkongsi
kisah untuk hari ni. Buat pembaca yang ingin merasai PERFORMANCE DRINK dari #SHAKLEE
atau nak dapatkan produk #SHAKLEE yang lain boleh berhubung dengan che yan na…..
WSSP/TELE/MSG
013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
Waa..athelit rupaya che yan nih...
BalasPadamBlh cuba nih..
sila cuba....rugi kalau x cuba
PadamTerbaik la che yan
BalasPadamhehehe....memang terasa kelainannya
PadamAumm.. Minuman atlir dunia ni tau
BalasPadamatlit amatur pun bleh layan minuman atlit dunia nih
Padam