Sabtu, 8 September 2018

RESEPI CHEE CHEONG FUN

Salam hujung minggu. Arini Che Yan nak kongsi cara buat Chee Cheong Fun. Ala mende macam laksam bila kita beli Young Tau Foo tu. Makan dengan kuah Young Tau Foo jugak.
Resepi ni Che Yan dapat dari geng Masak Apa Hari ni di Facebook. Jom tengok resepi. Jangan tengok je. Coba la buat. Asik nasi je. Sesekali tukar best gak Kan.

Resepi kuah Yong Tau Foo

Kuah hitam

2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air

Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..

Kuah merah

1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam

Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..

3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..

Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..

Resepi Chee Cheong fun

100gm tpg beras
1 sudu besar tpg ubi
365ml air
sedikit garam
1/2 sudu kecil minyak masak

campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus sperti mana nak buat laksam...

Selamat mencuba hampa semua.


Sabtu, 1 September 2018

SILENT INFLAMMATION : KERADANGAN SENYAP. BAHAYAKAH?

Salam,
Hai hampa!! Arini dok skroll FB dok jumpa macam-macam kes kematian mengejut. Jadi Che Yan terpanggil nak share apa yang Che Yan baca.

Tahu tak yang sakit jantung, strok, kancer, kencing manis, alzheimer, parkinson, kegemukan, gastrik, asma, disleksia dan banyak lagi penyakit mempunyai persamaan.

Satu perkara yang menjadi punca dan persamaannya ialah keradangan senyap. Banyak kajian menunjukkan setiap penyakit  yang dialami melibatkan keradangan senyap. Sebabnya, ada penyakit yang memang tak bagi hint langsung. Tau-tau je dah kat stage yang berbahaya.

Keradangan kini mengancam keselesaan dan kehidupan setiap manusia dan semua negara di seluruh dunia. Walaupun kecanggihan kemajuan teknologi perubatan masa kini kita tidak dapat mengawal dengan sistematik masalah keradangan.

Semua orang akan mengalami keradangan. Keradangan selalunya telah wujud pada usia muda. Paras tinggi keradangan menunjukkan kita dalam keadaan kurang sihat dan membawa kepada masalah kesihatan walaupun kita rasa sihat dan nampak sihat.

Umpama api dalam sekam, membakar perlahan-lahan dan akhirnya memusnahkan. Keradangan akan perlahan-lahan merosakkan organ dan tisu kita tanpa disedari. Kita akan terus membuat rutin harian kita dengan perasaan sihat palsu sehingga satu masa tiba-tiba satu penyakit keradangan kronik muncul.

Keradangan bukan penyakit tapi keradangan adalah tindak balas mekanisme pertahanan badan untuk mengenal pasti dan mempertahankan diri dari bakteria virus dan bahan asing yang mudarat untuk badan.

Bila sistem imun badan mengaktifkan tindakbalas sistem keradangan akan muncul.
Mana-mana bahagian tubuh badan manusia akan menjadi radang. Ini bermaksud otot urat saraf organ sambungan dan kulit terdedah kepada keradangan.

Kita perlu keradangan untuk hidup. Keradangan adalah komponen pertahanan sistem imun badan. Sebagai contoh bila kita digigit nyamuk tubuh badan bertindak balas dengan menghantar sel imun dan secara semulajadi menghasilkan kimia untuk memusnahkan kuman dan membaiki kerosakan. Setelah pencerobohan telah dimusnahkan atau dikawal keradangan berkurangan dan proses pemulihan berjalan. Inilah caranya tubuh badan bertindak balas kepada trauma dan kecederaan untuk memulihkan diri. Keradangan boleh jadi dari jenis akut atau senyap.

Kita boleh mengalami keradangan senyap dalam keadaan kita tak tahu pun yang kita ada keradangan tersebut sehinggalah akhirnya keradangan tersebut “menghadiahkan” berita buruk untuk kita. Hari ini kerana kita tidak akan mengalami sebarang symptom yang menunjukkan keradangan senyap.

Selalunya keradangan senyap ni berakhir dengan satu keadaan yang sangat kejam.
Antara masalah yang sering kali berlaku selepas kita mengalami keradangan senyap ialah pharyngitis itu keradangan di bahagian tekak, ependik iaitu keradangan di bahagian ependik, hepatitis iaitu keradangan hati, tendonitis iaitu keradangan di bahagian tendon dan athritis itu keradangan di bahagian sendi. Itu ialah contoh keradangan lah yang berkaitan dengan dengan keradangan senyap. Selalu tak bagi hint kennn.

So, kita perlu amik makanan yang mampu tone down keradangan. Supaya keradangan senyap ni tidak berlarutan dan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik.

Ni Che Yan kongsi dari pembacaan buku Family Health Modern Diseases. Harap dapat manfaat.