Sabtu, 28 Julai 2018

ALERGIK DI MUKA : CARA PULIHKAN DENGAN YOUTH

Hai hampa. Saja la nak citer macam mana Che Yan berjaya selesaikan masalah alergik dimuka. Mana tau kot ada yang mempunyai masalah yang sama so bolehlah nak apply apa yang Che Yan buat.

Bekerja sebagai seorang guru bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. 

Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. 

Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni". Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. 

Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.


Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH~> CHE YAN

Cer tengok the miracle of youth. Ni kisah Che Yan sendiri tau. Bukan rekaan tapi inilah hakikatnya.



Ni video masa memula Che Yan dapat youth. Boleh tengok real muka Che Yan penuh parut tu



Kalau ada yang nak rasai keberkesanan youth ni boleh rojer Che Yan anytime.


Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

FB page kawasan :

FB page semalaysia :

Whatapp :



Isnin, 2 April 2018

5 CARA TANGANI STRESS

Hai uolssss...sibuk nau-nau Che Yan sejak dua tiga menjak nih. Tapi ok lah Che Yan boleh manage stress dengan baik lagi. Tapi masih ramai diluar sana yang masih muka ketat urat sendat dengan stress yang pelbagai.

Stress yang tidak dikendalikan dengan baik akan menyumbang kepada tekanan darah yang tinggi and the bad thing is sekiranya tidak dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tekanan darah tinggi atau hypertension dah macam “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran. Klau kita nak demam kita akan rasa pedih mata, tekak kesat xpun paling simple mula dengan selesema tapi tidak untuk pengidap darah tinggi. Kalau tidak dirawat dari peringkat awal, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Actually banyak faktor jugak yang jadi penyebab tekanan darah tinggi selain stress. Antaranya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Berdasarkan buku Family Health Modern Diseases karya Dr. Bruce Miller tekanan darah yang normal mestilah kurang daripada 130/85. Sekiranya bacaan tekanan darah mencecah 140/90 maka tu dah boleh digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat usia. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh uolsss.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Disebabkan tekanan darah tinggi ni merupakan silent killer yang memang tak nak bagi hint langsung kewujudannya maka disini Che Yan nak kongsikan kaedah bagaimana cara mengawal tekanan darah agar maintain cun. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh uolssss amalkan :


1. KURANGKAN BERAT BADAN 

Hohohoho....part ni paling mencabar untuk mereka yang terlebih sudah berat badannya namun hakikatnya inilah salah satu cara untuk kawal tekanan darah. So untuk merealisasikan penurunan berat badan kita perlu bersenam dengan kerap. Paling sikit pun seminggu 3 kali dan 30 minit setiap sesi. 

2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Sebab apa perlu kurangkan garam??? Coz garam ni  macam pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Pernah tak dengar orang gemuk air? Ha...sebenarnya kes consume terlebih garam la tu.So dalam menu harian, kita perlu kurangkan kicap, telur masin dan ikan masin serta jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Uolssss tau tak yang kita tak boleh ambil garam lebih dari 2.3g sehari. 2.3 g tu anggaranya 1 sudu teh sahaja. 

3. JANGAN MEROKOK

Ha...ni satu lagi tabiat yang paling payah nak buang terutama buat abam-abam sado. Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. So kalau dah jadi "chain smoker" dan merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi setiap masa. Sekali hisap naik 10 dan amik masa sejam nak turun semula, dah tu kalau dalam masa sejam dah 4 kali bila nak turunnya kannn.

4. TANGANI STRES

Seimbangkan kehidupan uolss dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. Coz hidup di zaman yang penuh pancaroba nih memang mengundang stres yang pelbagai. Kerja banyak stres, takde kerja stres, duit tak cukup stres, jalan jem stres pendek kata semua pun boleh jadi streslah hehehe. Kalau uolss mempunyai  stres yang kronik dan tak dapat nak dibendung, maka ia akan memudaratkan kesihatan uolss dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Maka jalan terbaik selalulah bersyukur. Kerja banyak maka syukur orang lain takde kerja. Takde kerja maka syukur orang lain stress kerja. Duit tak cukup maka syukur diberi kesedaran untuk lebih berusaha. Kan lebih indah hidup ini

5. AMALKAN DIET SIHAT

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. 


Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan adalah seiring dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan uolsss kawal tahap kolesterol dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Uolss juga mungkin nak tau cara mudah kurangkan stress yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE





SAAT YOUTH MENJELMA



Testimoni pertama seorang lelaki, so sape cakap perempuan je nak cantik kennnn


Testimoni kedua selepas penggunaan Youth selama 8 hari


Testimoni ketiga menampakkan perubahan selepas 14 hari



Testimoni keempat juga mendapat kesan selepas 14 hari


Testimoni kelima mendapat kesan sebegini setelah 13 hari penggunaan



Anda mahukan perubahan yang ketara seperti mereka?

Jangan lupa hubungi Che Yan di

Phone :
 013-9117607

FB personal :
 Shahizan Rahimi

FB page semalaya :
 vitaminDhatiku

FB page kawasan :
 Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

Isnin, 5 Mac 2018

MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK : MASALAH DAN CARA ATASI

Menurut UNICEF, 25% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut (dari segi fizikal & kognitif) berpunca dari malnutrisi.



APA ITU MALNUTRISI?


Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.


MASALAH YANG BAKAL TIMBUL SEKIRANYA BERLAKU MALNUTRISI

Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini. Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu, dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.

Berikut merupakan antara masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami malnutrisi :

1. Anemia

Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dalam kes-kes yang berat, malah boleh menjejaskan fungsi otak. Pencegahan kepada kekurangan zat besi memerlukan diet makanan yang lengkap termasuklah memperbanyakkan makanan yang kaya-zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, dan daging merah. Kekurangan zat besi adalah simptom yang selalu dikaitkan dengan masalah maltnutrisi. Kebanyakan individu adalah kekurangan zat besi dalam diet mereka. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Goiter

Goiter ialah satu masalah apabila berlakunya pembesaran kelenjar thyriod dan boleh menyebabkan kematian atau kerencatan mental dalam perkembangan fetus). Kekurangan iodine seringkali menjadi penyebab masalah ini .

3. Kwasyiorkor

Kwasyiorkor merupakan salah satu masalah yang wujud apabila kanak-kanak kekurangan protien. Biasanya kanak-kanak yang kurang protien akan kelihatan terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rangka. Hal ini kerana kekurangan protien telah menyebabkan binaan otot terbantut.

3. Skurvi

Skurvi ialah sejenis penyakit akibat daripada kekurangan vitamin C. Keadaan ini akan menyebabkan gusi bengkak dan berdarah. Gigi juga mudah longgar kerana gusi terlalu lembut.

4. Riket

Riket ialah masalah yang wujud apabila kekurangan vitamin D. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan penyerapan kalsium dalam tulang menjadi kurang dan akan menyebabkan pembentukan tulang yang tidak padu. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mengalami tulang belakang yang bengkok. Selain itu, kaki juga akan bengkok kerana menampung tekanan berat badan semasa berjalan.

5. Buta


Kekurangan vitamin A adalah isu yang serius di dalam dunia perubatan kerana ianya membantu dalam mencegah masalah buta dikalangan kanak-kanak.

CARA MENANGANI MASALAH MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK


Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak.
Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.

Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan agar bayi tidak mempunyai masalah kekurangan nutrisi kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di dalam tubuhnya.


Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut/gentian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.
Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol. Kurangkan / elakkan mengambil makanan yang terproses/segera dan ringan.

Bagi menampung lompang-lompang nutrisi dalam diet anak-anak ibu bapa boleh cuba suplemen terbaik untuk kanak-kanak dari Che Yan .

Phone : 013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
FB semalaya : vitaminDhatiku
FB kawasan : Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
Insta: vitaminDhatiku


Selasa, 20 Februari 2018

KURUS SIHAT


Yes betoi memang seme orang mendambakan nak kelihatan ideal. Tapi jangan lupakan perkara paling penting iaitu kesihatan
.
Macam-macam produk bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk menguruskan badan. Menjanjikan bulan dan bintang. Teruja? Kompom la ken sebab nak kurus.
.
Kurus sihat ialah berkaitan lifestyle. Bukan main bantai percaya bulat-bulat apa yang di janjikan segala macam produk.
.
Paling tak menahan statement "makan apa saja dan anda akan kekal kurus dengan XXX"
.
Helokkk kurus cun bergetah sampai masa "perkara" lain pulak hinggap. Apa saja spesis sakit dia tak jadi dan dan tu tau. Badan kita ni kompleks. Sedaya upaya tepis kalau ada bendasing masuk. Tapi kalau masuk sokmo perisai boleh roboh tau. Harapan kurus dapat. Harapan sihat?
.
So, korang kalau nak kurus dan sihat dengan suplemen make sure suplemen tu selamat semulajadi dan berkesan. Dan make sure jugak korang dapat konsultasi yang betul. Jangan main taram je. Nanti kalau tak berkesan mula lah kemurungan.
.
Che Yan ada join akademi kurus secara maya je pun #AKBAT stand for Akademi Kurus Bersama Abam Teddy. Tapi sekarang Abam tu dah tak teddy dah ekeke.
.
Kami dalam akademi menggunakan suplemen Shaklee untuk kurangkan berat badan secara berkala dan diberi tips dan petua sihat. Seronok buat berjemaah. Ada yang nak join boleh cari Che Yan di



Phone : 013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
FB page semalaya : vitaminDhatiku
FB page kawasan : Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
Insya : vitaminDhatiku

OBSES SHAKLEE


Orang kata kalau SiD shaklee mesti obses. Betoi ka? Kalau betoi salah ka?
.
Haha...mai nak habaq. Ni true story tau bukan rekaan. Kisah diri sendiri.
.
Che Yan kenal Shaklee ni dari anak satu. Memang dok survey pasal suplemen memang Shaklee is the best. Masa anak satu main beli n makan je. Same goes anak kedua.
.
Dua minggu awal dalam pantang memang amik Shaklee untuk elak baby kuning coz Shaklee juz suplemen sebelum amik segala herba ( masa tu lah).
.
Tu seme teknik baca n kaji sendiri. Masa tu  mind set suplemen pun ubat, ubat pun ubat.
.
Masa tu amik main taram. Lepas dua minggu dah tak konsisten dah. Masa tu amik #ESP #Alfalfa #bcomplex #srvitaC. Belasah ajo. Berdasarkan pembacaan saja. Takde nak daftar ahli. Takde orang nak guide bagai. N most important takde nak fikir nak biz bagai.
.
Masa anak ketiga contact my upline merangkap member jugak terus sign up free coz beli barang untuk berpantang. Set berpantang primeum. Masa ni lah kenal #vivix.
.
Memula kenal #vivix be like gile mahalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tapi bila kesannya owshemmm terus melekat. Nak tau kisah Che Yan masa berpantang anak ketiga boleh baca sini
.
Actually most of SiD memang ada history masing-masing berkaitan kesihatan. Kami merasai #shakleeeffect dan sama-sama sebarkan kebaikan. Kalau nak kata kami obses, mungkin sebab keseronokan sharing pasal Shaklee ni wujud kerana kami merasai sendiri. Alhamdulillah. Biiznillah
.
Kita punya pandangan berbeza. Itu tidak mengapa. Yang tak makan suplemen sihat elok ja. Ucaplah alhamdulillah.
.
Ambil suplemen bukan menjanjikan terhindar dari mati atau kesakitan ujian dari Allah cuma kita diberi ilham untuk memilih menjaga diri
.
Dalam "bahasa Leman", makan suplemen ni ibarat macam hampa naik moto pakai helmet n semua langkah keselamatan dah amik tapi eksiden. Ada ja yang tak pakai helmet tak eksiden pun. Eh bulih faham ke ni?

Mahukan suplemen dan konsultasi terbaik ? Jangan lupa hubungi Che Yan 



Phone : 013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
FB page semalaya : vitaminDhatiku
FB page kawasan : Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
Insta : vitamindhatiku

Selasa, 13 Februari 2018

SHAKLEE COLLAGEN POWDER : MAHAL KE?

Hai uolssss
saja la hari ni nak citer sket...coz ramai yang dok tanya dan ramai yang macam kompius bila tengok Che Yan sanggup consume collagen shaklee yang bagi sesetengah orang menganggap "uuiiiii mahalnya" bila tengok kepada harganya. Begitu juga reaksi apabila melihat harga VIVIX. bagi yang tidak pernah merasai kebaikannya reaksi itu biasa. Tetapi bagi mereka yang tegar seperti Che Yan... it's all about kesihatan.

ekcelly seme produk shaklee che yan suka tapi hari ni nak citer salah satunya SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP). Actually Che Yan amik collagen Shaklee ni bukan untuk kulit semata-mata. Sebaliknya untuk lutut Che Yan yang selalu berbunyi coz dulu Che Yan gimnas masa sekolah dulu so,kecederaan sana sini tu biasa. Tak ketinggalan lutut Che Yan ....


sebelum ni memang che yan macam teragak-agak nak consume coz tengok pada harga n jumlah sachet tu perghhhhh bleh tahan n was-was tu masih ada. Kalau tak menjadi macam mana. Statement paling poyo....sama macam memula nak consume VIVIX dedulu. Bila dah rasa manfaatnya memang addicted tau. Klik sini kalau nak tau kisah cinta Che Yan dengan VIVIX.

Ok back to SCP. Ada orang cakap SCP ni berbau ikan a.k.a hanyir sket tapi Che Yan steady je main curah atas lidah n kemam. Agak nak cepat sket minum air hehe...

Actually SCP ni boleh di campur dengan minuman yang uolssss suka dengan syarat bukan kafien n minuman bergas coz both akan ganggu penyerapan SCP. Jadi bazir la pulok khennnnn.

Jom tengok kebaikan collagen Shaklee
.


1) Apa istimewanya collagen Shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)


2) Macam mana bentuk collagen Shaklee? Serbuk ke pil?

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg.

3) Tahan berapa lama collagen Shaklee?

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Tapi kan, boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).

4) Macam mana aturan makan collagen Shaklee?

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau MealShake, boleh dibancuh bersama ESP dan MealShake. Aksi lebih daring tuang atas lidah macam Che Yan ekekeke.

5) Berapa harga collagen Shaklee?

Retail price termasuk gst RM315.88.
Namun sekiranya anda ahli berdaftar sah Shaklee, anda pasti mendapat harga lebih jimat. Sila hubungi saya untuk mendapatkan panduan menjadi ahli Shaklee. Dapat harga semua barang Shaklee dengan harga ahli. Lebih jimat gitchewwww.

Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.

6) Siapa sesuai amik collagen Shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:

★Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
★Gusi yang tidak sihat
★Rambut kering dan bercabang di hujung
★Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
★Garis halus pada leher
★Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
★Payudara dan punggung semakin kendur
★Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
★Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


7) Macam mana rasa collagen Shaklee?

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. Yang pasti result owshemmm.

8) Ibu menyusu boleh amik tak collagen Shaklee?

Kandungan collagen powder Shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah.

Kalau tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut2 jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.

Jom hubungi Che Yan 


Phone : 013-9117607
FB : Shahizan Rahimi
FB page semalaya : vitaminDhatiku
FB page kawasan : Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
Insta: vitaminDhatiku