Sabtu, 20 Mei 2017

RESEPI : IKAN BAKAR SEDAP

Assalamualaikum …
Hari ni che yan nak kongsi resepi ikan bakar paling sedap dalam donia. Bukan nak over claim tapi masa first time buat terus jadi dan rasa dia punya sedap. Che yan rasa macam makan kat kedai pulak kihkihkih. Tapikan…kalau uolsss buat tak jadi macam che yan buat jangan salahkan che yan sebab air tangan orang berbeza-beza tau.

Okeyyyyy….jom kita tengok bahan-bahannya dulu. Kompom uolsss rasa macam mustahil je nak sedap sebab simple sesangat.

BAHAN-BAHAN:
(Bahan kisar)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai

Bahan lain…
Cili giling @ cili boh @ apa saja jenis cili yang seangkatan dan sewaktu dengannya
Air asam jawa
Serai ketuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Ikan apa-apa saja yang berkenan di hati (che yan guna ikan patin)

***pesanan penaja….anggaran sebenar bahan mengikut berapa ekor ikan yang uolss guna. Dan disinilah letaknya kehebatan skill masakan uolsss hihihi.

So, sekarang marilah kita beralih pula kepaa cara-cara nak masak pulak.
Mula-mula pastikan siang ikan dulu ye. Jangan excited nak masak sampai lupa buang perut ikan. Che yan tau la resepi ni mudah tapi jangan buat menu special sangat sampai tukar resepi jadi “ikan bakar sedap bersama perut ikan sekali” kihkihkih. Kalau pakai ikan sungai jangan lupa basuh ikan pakai asam @ cuka sekali tau supaya ikan tidak berbau hanyir dan seterusnya membantutkan selera makan. Ok, dah siap cuci ikan toskan bagi kering sket air sebab kita tak nak air berlebihan mengganggu rasa paste ikan bakar kita.

Semua bahan kisar kita kisarkan bersama. Kalau yang terlajak rajin boleh tumbuk atau giling juga. Che yan memang pakai blender je sebab nak cepat. Maklumla memasak sambil berlari berkejaran dengan anak-anak. Sambil tu panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila dah siap bahan dikisar, terus tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan masukkan cili giling @ cili boh @ apa saja jenis cili yang seangkatan dan sewaktu dengannya. Kacau rata. Masukkan pula daun kesum dan serai ketuk beserta air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Lagi lama masak lagi bagus. Dan tipsnya lagi banyak daun kesum lagi best rasanya. Kalau uolsss rasa nak buat paste ni untuk simpan lebih baik masak lagi lama. Maksudnya sekali paste tu kering tambah air lagi dan masak sampai kering semula. Tapi che yan buat sekali kering je sebab nak terus guna. Bila paste tu dah siapa masak lumurkan pada ikan tadi. Dah siap lumur bolehlah balut ikan tu dengan kerajang perak (aluminium foil bahasa orang kampung che yan kihkihkih) dan bakarlah (dalam erti kata bakar ikan ye….jangan letak dalam unggun api pulak hahaha)

Masa memasak juga tepulang kepada saiz ikan. che yan bakar dalam 15-20 minit gitu. bila dah siap bolehlah di hidangkan bersama-sama nasi panas-panas....walaweehhhh..maaf dipinta jika ibu atau bapa mertua lalu tak berapa nak perasan.Nasi kalau setakat dua pinggan senang-senang je boleh settle tapi better amik lecithin #SHAKLEE dulu la sebelum makan sebab tidaklah menjadi lemak blako nanti hehehe...

so...selamat mencuba...



che yan bukan setakat teror memasak(masuk bakul angkat sendiri) tapi juga pandai jaga kesihatan...ye la...kalau asyik masak dan makan saja agak-agak apa terjadi....so che yan amik suplemen terbaik agar hobi masak dan makan tidak menjejaskan kesihatan che yan insya-Allah

Kalau ada yang berminat nak tau pasal suplemen meh rojer che yan....kite citer resepi sambil citer macam mana nak block makanan sedap-sedap tu jadi otot bukan lemak yang jadi penyebab penyakit.

wssp/tele/msg
013-9117607

fb : Shahizan Rahimi

id :1229024

vitaminDhatiku.blogspot.com

7 ulasan: