Khamis, 18 Mei 2017

PERFORMANCE DRINK : LEE CHONG WEI vs CHE YAN CIA CIA CIA

Salam uolsss…

Che yan in da house…hari ni hari yang agak tenang sebab pagi-pagi saja che yan agak sibuk sebab ada perjumpaan guru-guru mata pelajaran Sejarah Jerantut untuk menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian Abad ke-21. Seronok, sebab dapat pengetahuan baharu. Bila sampai rumah selepas program tu che yan terus ambil anak dari rumah pengasuh. Alhamdulillah hari ini mampu pulang awal dan siapkan apa yang patut untuk anak-anak dan suami. Seronok melihat keletah anak-anak dan kegembiraan mereka bila ibu pulang awal dari bekerja.

Bila dah malam ni, anak-anak semua dah tidur che yan dok bertenang rehatkan diri sambil melihat rakaman video dang gambar-gambar yang di ambil sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Tersenyum sendiri. Kenangan manis hari guru kali ni Che Yan dan partner regu campuran Che yan dapat Naib Johan tau. Alhamdulillah. Pertandingan tu berlangsung masa cuti Wesak baru ni. Tapi ada kisah disebalik pencapaian itu. Semua guru yang menyertai pertandingan badminton telah di undi untuk menentukan pasangan pasing-masing. Che yan telah di takdirkan beregu dengan GPK HEM dan sudah pastinya sudah lebih berusia dari che yan. Walau bagaimanapun regu che yan ni semagatnya tinggi. Ada la dalam beberapa hari sebelum bertanding kami guru-guru yang bakal bertanding berlatih untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang. Almaklumlah skill masing-masing dah berkarat.

Setiap kali latihan che yan selalu bawa bekal “air special” che yan. Melihat kepada kelincahan mak anak 3 ni beraksi walaupun kadang-kadang pukul angin saja sebab dah lama tak main badminton, kawan-kawan seangkatan pakat Tanya “ko minum pet u che yan, lain macam je kitorang tengok. Masa hari sukan hari tu pun ko kasi bebudak rumah sukan ko minum tu jugak kan. Cer citer” (actually masa sukan sekolah hari tu che yan kasi anak-anak yang bertanding minum “air special” tu)


So, che yan pun bagi tau la yang air yang che yan minum tu sebenarnya PERFORMANCE DRINK keluaran #SHAKLEE. Lepas tu pakat sibuk suruh bancuh sebab nak rasa. Diorang minta che yan sponser pada hari pertandingan. Che yan ok je. Sampai hari pertandingan che yan tak bancuh pun tapi che yan bawa sebekas PERFORMANCE DRINK dan minta mereka sendiri yang bancuh ikut selera mereka dan sudah semestinya regu che yan di minta untuk minum air tu jugak. Yang merasa PERFORMANCE DRINK memang menyatakan kelainannya. The best part is dalam dok bertanding liga che yan dan partner berjaya lepas ke suku akhir dan pertandingan dibawa ke hari berikutnya sebab….ye la main liga kan.


So, esoknya sambung lagi lepas habis waktu PdPc dalam pukul 3.30 petang pertandingan suku akir dimulakan. Nasib che yaan dan regu che yan tak sebaik regu lain sebab ada regu lain yang telah menarik diri maka ada regu yang menang tanpa bertanding. Che yan dan regu che yan teruskan perjuangan dalam suku akhir. Yang syoknya menang lagi. Rehat hanya dalam masa 10 minit, perjuangan diteruskan pula ke peringkat separuh akhir. Aishhh…..menang lagi. Ehhh….rehat dalam 10 minit jugak sambung lawan final. Memang kerja gila Lee Chong Wei pun tak main macam kitorang hokeyy….3 game back to back. Lawan kami semua yang dah rest lebih setengah jam. Masa final memang dah cakap kat regu che yan kita main kasi habis je sebab dua game sebelum tu kami melalui rally yang sangat panjang. Tak sangka kami mampu bertahan coz che yan anak dah 3. Partner che yan pun agak berusia sedangkan lawan kami lebih muda dan masa rehat mereka lebih panjang. Peluh jangan cakap la memang boleh perah buat mandi semula gamoknye hahahaha. Akhirnya, lawan kami menang tipis coz sengit sangat walaupun kami hanya rest dalam masa 10 minit sahaja bagi setiap game.

Lepas settle main, sahabat-sahabat yang seangkatan bermain badminton yang merasa PERFORMANCE DRINK mengakui bahawa memang feelnya lain bermain dengan berbekal PERFORMANCE DRINK. Diorang pun tanya mana nak dapat. So, che yan pun cakap… che yan kana da. Maka kisah PERFORMANCE DRINK terus dikorek dari che yan. Sebagai penutup hari tersebut diorang siap booking PERFORMANCE DRINK end of this month sebab nak test power masa puasa nanti pulak katanya. Seronok dapat berkogsi manfaat dengan kawan-kawan seperjuangan.



Malamnya che yan telan ostematrix dan omega untuk meredakan ketegangan urat. Almaklumla remaja purba bermain badminton acah-acah Lee Chong Wei. Ostemetrix juga membantu tidur yang lena tau manakala omega pulak mampu mengelakkan keradangan….ye la masa main tak hingat donia kan mana la tau ada otot yang stress. Tak lupa juga si tonik merah vivix juga che yan teguk untuk memberi tenaga kepada sel. Esoknya sesi persekolahan seperti biasa dan Alhamdulillah I feel good tanpa sakit urat tapi macam nak selesema sikit sebab lepas abes game terus masuk tempat ada penghawa dingin. Mungkin tu kesan peralihan suhu mengejut la tu gamoknye.

Cukuplah dulu che yan berkongsi kisah untuk hari ni. Buat pembaca yang ingin merasai PERFORMANCE DRINK dari #SHAKLEE atau nak dapatkan produk #SHAKLEE yang lain boleh berhubung dengan che yan na…..

WSSP/TELE/MSG
013-9117607

FB : Shahizan Rahimi

6 ulasan: