Selasa, 23 Mei 2017

RCA : IMPIAN SAYA

Saat mata terbuka ingatan pada seluruh antero maya hanya tertumpu pada keduniaan. Namun sampai masa dan waktu apabila diseru kita tetap menghadap pada kiblat yang satu.

Lakaran sebuah kehidupan bagaikan episod yang cantik diatur "director" yang satu. Kemanisan dan kepahitan yang kian mematangkan. Sebagai manusia biasa Che Yan memangnya tidak lari dari punya impian yang indah-indah. Mana mungkin impian buruk kita jelmakan dalam kotak minda.

Impian utama Che Yan nak tengok mak dan abah senyum hingga akhir hayat mereka. Doakan impian Che Yan nak bawa mereka jejak tanah suci Makkah tercapai. Klau diberi izin teringin juga nak bawa mereka keluar negara kerana seluruh kehidupan mereka dihabiskan untuk membanting tulang memberikan yang terbaik untuk Che Yan adik beradik.Bila dah berusia ni mereka masih lagi di rumah. Kan seronok kalau dapat bebas membawa mereka kemana saja tanpa kekanganasa dan wang ringgit.Setakat ni che yan mampu menyara mereka berdua yang sudah tidak lagi berkerja.Alhamdulillah. Namun hati masih berbisik masih kurang pengorbananku berbanding jasa mereka.



Che yan juga berimpian untuk memiliki rumah yang lengkap perabotnya dan memberi ketenangan saat berada dikawasan sekitar rumah tersebut....ok sekarang berangan jap...cantikkan rumah ni? kalau dapat ni boleh lompat bintang 100 kali.



Buat masa terdekat ni kalau di tanya tentang kenderaan nak dimiliki sekarang sudah pasti yang ini.....


Tengok pada rupanya sudah cukup menggambarkan keselesaan  di dalamnya. Syukur apa yang ada sekarang tapi berimpian tak salahkan. Kalau dapat ni mesti mak dan abah selesa bila che yan bawa mereka bersiar-siar bersama cucu mereka yang terlebih DHA tu.


Ha.....ni satu lagi. Berangan tak hengat kan. Che yan punya angan angan masa anak-anak che yan semua dah besar che yan nak ada kereta ni sebijik. Uolsss bleh bayang tak atuk dan nenek keluar dari kereta gini. Baru rare.


Selebihnya impian che yan nak naik kapal terbang je selalu jelajah dunia dengan suami kalau dipanjangkan usia.

Persoalannya bagaimana mahu mencapainya? Che yan fikir che yan sudah pun mengambil laluan yang betul dan berada dalam lingkungan insan-insan positif. Dalam sebuah keluarga besar shaklee,che yan fikir segalanya mungkin....antara lambat atau cepat masa itu pasti tiba dengan syarat che yan tidak berhenti mengayuh.

Mereka sudah berjaya, Che yan???


Che yan perlu terus belajar dan terus mengorak langkah kerana apa yang che yan idamkan mereka sudah kecapi. Segalanya tidak mustahil. Mereka bukan saja mampu buat apa yang che yan idamkan malah mereka mendapat apa yang che yan idamkan secara percuma. Kedengaran to good to be true tapi itulah hakikatnya.

Ingin tahu bagaimana?

Jom join jemaah...kita realisasikan impian bersama

wssp/tele/msg
che yan
013-9117607

fb : shahizan rahimi

4 ulasan: